Jadi ‘Anak Jantan’ Pertahan Pemimpin, Parti UMNO

Jadi ‘Anak Jantan’ Pertahan Pemimpin, Parti UMNO - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jadi ‘Anak Jantan’ Pertahan Pemimpin, Parti UMNO, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jadi ‘Anak Jantan’ Pertahan Pemimpin, Parti UMNO
link : Jadi ‘Anak Jantan’ Pertahan Pemimpin, Parti UMNO

Baca juga


Jadi ‘Anak Jantan’ Pertahan Pemimpin, Parti UMNO

BAGAN DATUK – Anggota Pergerakan Pemuda UMNO di setiap peringkat perlu menjadi ‘anak jantan’ dalam mempertahankan kepimpinan parti dan kerajaan Barisan Nasional (BN), yang berterusan berdepan fitnah serta tohmahan daripada pembangkang.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata menjadi ‘anak jantan’ bukan bererti mereka perlu bersikap kasar dan biadap, sebaliknya harus lantang bersuara dalam mempertahankan maruah serta nama baik pemimpin dan parti.

“Pemuda UMNO tidak boleh berdiam diri apabila presiden atau timbalan presiden parti dicemuh, dihina atau difitnah oleh pembangkang. Mereka seharusnya perlu bertanggungjawab mempertahankan kepimpinan parti.

“Namun, Pemuda UMNO ketika ini dilihat lebih banyak berdiam diri dan hanya berpeluk tubuh apabila pemimpin atau parti dicemuh dan difitnah oleh pembangkang. Mengapa perkara ini boleh berlaku?,” katanya.

Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datuk di Wisma UMNO di sini hari ini.

Tajuddin berkata Pemuda UMNO seharusnya menjadi barisan hadapan, dan dengan penuh keberanian serta menunjukkan kesungguhan tinggi dalam mempertahankan maruah parti seterusnya dapat menepis segala cubaan pembangkang yang mahu menjatuhkan kerajaan.

Sehubungan itu, beliau berkata Pemuda UMNO perlu bekerja keras bagi memastikan BN terus mendapat sokongan rakyat, sekali gus meraih majoriti lebih besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Jadi ‘Anak Jantan’ Pertahan Pemimpin, Parti UMNO

Sekianlah artikel Jadi ‘Anak Jantan’ Pertahan Pemimpin, Parti UMNO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jadi ‘Anak Jantan’ Pertahan Pemimpin, Parti UMNO dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/jadi-anak-jantan-pertahan-pemimpin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :