link : Aliran Trafik Perlahan Tengah Hari Ini
Aliran Trafik Perlahan Tengah Hari Ini
KUALA LUMPUR – Aliran trafik bergerak perlahan di beberapa lebuh raya utama disebabkan pertambahan kenderaan tengah hari ini.
Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata kenderaan bergerak perlahan dari Permatang Pauh ke Perai dan Sungai Perak ke Terowong Menora.
“Aliran trafik juga dilaporkan sesak sejauh empat kilometer dari Sedenak ke Simpang Renggam akibat kemalangan di KM51.7 membabitkan motosikal dan kereta pada 12 tengah hari tadi.
“Tiada lorong terhalang dan kerja-kerja mengalihkan kenderaan sedang dilakukan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Sementara itu, menurut laman Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia, aliran trafik masih terkawal dan lancar di semua kawasan Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA
Loading...
Demikianlah Artikel Aliran Trafik Perlahan Tengah Hari Ini
Anda sekarang membaca artikel Aliran Trafik Perlahan Tengah Hari Ini dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/aliran-trafik-perlahan-tengah-hari-ini.html