Anggota Polis Parah Jatuh Tingkat 3 Hospital

Anggota Polis Parah Jatuh Tingkat 3 Hospital - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anggota Polis Parah Jatuh Tingkat 3 Hospital, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anggota Polis Parah Jatuh Tingkat 3 Hospital
link : Anggota Polis Parah Jatuh Tingkat 3 Hospital

Baca juga


Anggota Polis Parah Jatuh Tingkat 3 Hospital

KEPALA BATAS – Seorang anggota polis cedera di kepala selepas terjatuh dari tingkat tiga Hospital Kepala Batas (HKB), di sini ketika cuba menangkap seorang penjenayah yang cuba melarikan diri daripada tahanan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Azmi Adam berkata dalam kejadian pukul 7 malam itu, Lans Koperal Syed Mohamad Farli Syed Alwi, 30, bersama seorang lagi anggota sedang menunggu suspek berusia 59 tahun melakukan pemeriksaan kesihatan di wad yang terletak di tingkat tiga hospital itu.

Beliau berkata suspek lelaki itu yang bergari bertindak melarikan diri melalui tingkap wad dan meniti di tepi  wad berkenaan.

“Sebaik menyedari tindakan suspek, anggota polis berkenaan cuba mengejar lelaki itu bagaimanapun  mangsa telah terjatuh,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya ekoran kejadian itu, mangsa yang bertugas di bahagian stor barang kes di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPU mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kini dirawat di HKB serta dilaporkan stabil.

Azmi berkata suspek itu berjaya ditahan semula oleh seorang lagi anggota polis dengan bantuan pengawal keselamatan di hospital berkenaan. 

“Berdasarkan pemeriksaan lelaki yang ditahan itu mempunyai 17 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah,” katanya. 

Beliau berkata polis juga telah membuka kertas siasatan ke atas lelaki itu menurut Seksyen 223 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan yang sah. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Anggota Polis Parah Jatuh Tingkat 3 Hospital

Sekianlah artikel Anggota Polis Parah Jatuh Tingkat 3 Hospital kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anggota Polis Parah Jatuh Tingkat 3 Hospital dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/anggota-polis-parah-jatuh-tingkat-3.html

Subscribe to receive free email updates: