link : Ambil 4 Tempat Letak Kereta, Elak Kereta Calar
Ambil 4 Tempat Letak Kereta, Elak Kereta Calar
INI namanya bodoh. Fabio Silva telah dikecam ramai selepas dia meletakkan keretanya di atas empat petak letak kereta, semata-mata kerana tidak mahu kenderaannya yang berusia 10 tahun itu calar.
Menurut Fabio, dia telah menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk kereta itu justeru dia tidak mahu kereta itu mengalami `kecacatan’ ketika diletakkan di Spalding, Lincolnshire.
Sebaik sahaja Fabio memuatnaik kaedah letak kereta itu di media sosial, dia terus dikecam sebagai tamak, bodoh dan pentingkan diri sendiri.
“Cubalah habiskan beribu-ribu untuk kereta anda dan anda akan faham maksud saya.
“Maaf kerana tidak mahu orang bodoh rosakkan kegembiraan saya,” kata Fabio ketika mempertahankan tindakannya itu.
‘Walaupun ramai yang menyelarnya kerana menggunakan sampai empat petak tetapi ada pula yang mempertahankan tindakan Fabio itu.
“Apabila melihat seseorang membuka pintu kereta mereka , saya tidak salahkan mereka (Fabio) yang meletakkan kenderaan seperti itu,’’ kata salah seorang netizen. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
Demikianlah Artikel Ambil 4 Tempat Letak Kereta, Elak Kereta Calar
Anda sekarang membaca artikel Ambil 4 Tempat Letak Kereta, Elak Kereta Calar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/ambil-4-tempat-letak-kereta-elak-kereta.html