link : Anak Menangis Hiba Tidak Terurus Di Tepi Jalan, Ibu Dikatakan Sedang Khayal Dengan Dadah
Anak Menangis Hiba Tidak Terurus Di Tepi Jalan, Ibu Dikatakan Sedang Khayal Dengan Dadah
KUALA LUMPUR - Beberapa gambar menunjukkan dua orang kanak-kanak yang berada di kaki lima di hadapan sebuah premis bersama ibunya yang dipercayai sedang khayal menjadi tanda tanya netizen apabila gambar tersebut jadi tular di media sosial.
Menurut laman Facebook Malaysia Response Team yang memuat naik gambar-gambar tersebut menyatakan lokasi dua kanak-kanak terbabit bersama ibunya itu berada bersebelahan Sani Hotel dan ibu kepada kanak-kanak itu dikatakan sedang khayal kerana dadah.
Gambar-gambar tersebut telah dikongsikan oleh seorang lelaki yang bernama Anil Roy yang turut membelikan roti dan minuman untuk dua kanak-kanak berkenaan.
Rata-rata netizen saling memberikan komen dan turut menyatakan kemarahan mereka kepada pihak tertentu yang dikatakan terlepas pandang dengan kes sebegini sehinggakan keluarga tersebut didapati tinggal di tepi jalan.
Menurut salah seorang netizen pula, ibu kepada dua kanak-kanak berkenaan dikatakan sering menggunakan anak-anaknya untuk meraih simpati dan belas kasihan daripada orang ramai.
Manakala pendapat yang lain pula, mereka berpendapat keluarga tersebut terpaksa merempat di negara sendiri sehingga tiada pihak yang berwajib membantu bagi meringankan beban mereka. Malahan, segelintir netizen turut menyalahkan Pusat Zakat atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana masih lagi ada kes sebegini.
Semoga ada pihak yang tertentu dapat membantu ibu dan dua kanak-kanak malang ini. Mungkin juga bantuan telah pun diberikan tetapi si ibu masih lagi melibatkan diri dengan najis dadah. - www.koleksiviral.com
Demikianlah Artikel Anak Menangis Hiba Tidak Terurus Di Tepi Jalan, Ibu Dikatakan Sedang Khayal Dengan Dadah
Anda sekarang membaca artikel Anak Menangis Hiba Tidak Terurus Di Tepi Jalan, Ibu Dikatakan Sedang Khayal Dengan Dadah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/anak-menangis-hiba-tidak-terurus-di.html