TH Tawar Perkhidmatan Terbaik Kepada Jemaah Haji

TH Tawar Perkhidmatan Terbaik Kepada Jemaah Haji - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TH Tawar Perkhidmatan Terbaik Kepada Jemaah Haji, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TH Tawar Perkhidmatan Terbaik Kepada Jemaah Haji
link : TH Tawar Perkhidmatan Terbaik Kepada Jemaah Haji

Baca juga


TH Tawar Perkhidmatan Terbaik Kepada Jemaah Haji

MAKKAH – Bagi memastikan keselesaan jemaah haji semasa di Tanah Suci Makkah, Tabung Haji (TH) membuat perancangan rapi termasuk menyediakan bilik penginapan dan kemudahan lain agar dapat memberikan perkhidmatan terbaik.

Dalam lawatan ke beberapa maktab penginapan jemaah di Makkah, para petugas media rombongan TH diberikan penerangan oleh pengurus maktab dan ditunjukkan keadaan bilik jemaah haji.

Di setiap bilik, jemaah dibekalkan kit minuman seperti teh, kopi serta susu serbuk untuk bekalan selama sebulan, jadual waktu solat, program ceramah, kunjungan pasukan pembimbing dan kaunselor selain beberapa maklumat bagi memudahkan pergerakan mereka semasa berada di kota suci ini.

Pengarah Operasi Maktab 1438 Hijrah, Mohd Nasir Mohd Yusoff berkata pada musim haji tahun ini, 13 maktab penginapan disediakan untuk jemaah Malaysia melibatkan 24 bangunan hotel.

“Kita mahu memastikan keselesaan dan kepuasan jemaah haji di tahap tinggi. TH juga membekalkan  jadual aktiviti harian sehinggalah tarikh mereka berlepas pulang ke tanah air. Bila semua ini diselesaikan, jemaah akan dapat menumpukan sepenuhnya pada ibadah,” katanya kepada pemberita di sini.

Mohd Nasir berkata setiap maktab berkenaan menempatkan purata kira-kira 2,700 jemaah yang ditentukan pengendali jemaah haji di Arab Saudi, Muassasah Asia Tenggara yang bertanggungjawab menguruskan jemaah haji dari rantau itu.

Katanya, TH juga menitikberatkan pelbagai perkara penting termasuk menawarkan kaunter kewangan, bilik rawatan dan sajian makanan, selain aspek  nilai tambah​​​​​​ seperti  menyediakan perkhidmatan telekomunikasi dan penghantaran bagasi ke tanah air.

TH juga menyediakan peta lokasi maktab penginapan jemaah serta laluan berulang-alik ke Masjidil Haram, katanya.

Beliau juga berkata 13 maktab penginapan itu terletak dalam lima zon, dengan jarak ke Masjidil Haram adalah antara 500 hingga 900 meter.

Lima zon berkenaan ialah Zon A Shuib Amir merangkumi lima hotel, Zon B Aiyad Quraihs/Al-Sud (tiga), Zon C Aiyad Bir Balillah/Masafi (lima), Zon D Misfalah (sembilan) dan Zon E Hafaér (dua).

Mohd Nasir berkata buat pertama kali pada musim haji kali ini, setiap jemaah dibekalkan dengan lanyard (tali penyandang lencana pengenalan diri) berbeza warna mengikut maktab penginapan masing-masing bagi memudahkan TH memantau pergerakan jemaah haji berikutan pertambahan kuota jemaah Malaysia kepada 30,200 orang musim ini. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel TH Tawar Perkhidmatan Terbaik Kepada Jemaah Haji

Sekianlah artikel TH Tawar Perkhidmatan Terbaik Kepada Jemaah Haji kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TH Tawar Perkhidmatan Terbaik Kepada Jemaah Haji dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/th-tawar-perkhidmatan-terbaik-kepada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :