Anwar tak boleh jadi PM kerana dalam penjara – Dr Mahathir

Anwar tak boleh jadi PM kerana dalam penjara – Dr Mahathir - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anwar tak boleh jadi PM kerana dalam penjara – Dr Mahathir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anwar tak boleh jadi PM kerana dalam penjara – Dr Mahathir
link : Anwar tak boleh jadi PM kerana dalam penjara – Dr Mahathir

Baca juga


Anwar tak boleh jadi PM kerana dalam penjara – Dr Mahathir

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi perdana menteri walaupun Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kerana beliau sedang menjalani hukuman penjara dan tidak boleh bertanding.

Bekas perdana menteri itu menjelaskan oleh sebab sedemikian, perdana menteri baharu sementara (interim) perlu dipilih jika gabungan pembangkang memenangi PRU14.

Selepas itu, katanya, baharu perdana menteri ke tujuh tersebut boleh mencari jalan untuk meletak Anwar sebagai pemimpin nombor satu negara dengan membebaskannya terlebih dahulu.

“Tidak, dia (Anwar) tidak boleh jadi PM.

“Dia kena berada dalam sana (penjara) sehinggan PM baharu dilantik. Jika pembangkang menang, PM ke tujuh perlu bekerja untuk membebaskannya. Selagi itu, dia tidak boleh jadi PM,” kata Dr Mahathir semasa ditemui selepas pelancaran buku “A Driver’s Son” yang ditulis oleh Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir di Nu Sentral hari ini.

Dr Mahathir berkata itu adalah rancangan PH dengan melantik perdana menteri sementara memandangkan Anwar sedang dipenjarakan dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya.

“Jadi, perlu ada PM interim, tidak mungkin dia boleh jadi PM dari penjara kerana dia tidak boleh bertanding,” ujarnya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, PH tidak memiliki calon untuk menjadi PM interim.

Dr Mahathir kemudiaan juga menafikan laporan The Guardian semalam yang mengatakan beliau menyesal apabila tidak memilih Anwar sebagai penggantinya sebaliknya memilih Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.

“Tidak, saya tidak bercakap apa-apa pun tentang itu.

“Yang lepas biar lepas, apa yang kami lebih minat sekarang adalah untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib,” ujarnya.

Semalam, media melaporkan Dr Mahathir dalam wawancara akhbar berpengkalan di London berkata menyesal selepas tidak memilih Anwar sebagai penggantinya dan juga menyatakan sokongan kepada bekas timbalannya itu untuk menjadi PM ketujuh jika pembangkang memang pilihan raya.

PH kini masih belum mengumumkan siapakah bakal calon PM mereka.

Anwar juga dalam satu kenyataan sebelum ini sudah mengumumkan menarik diri daripada menjadi perdana menteri.

PH masih lagi tidak dapat membuat keputusan mengenai senarai akhir pemimpin dalam Majlis Presiden.

Pada 16 Jun, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berjanji untuk mengumumkan senarai kepimpinan.

Bagaimanapun, ianya masih belum diumumkan sehingga kini termasuk logo dan perlembagaan PH. – MalaysiaGazette


Demikianlah Artikel Anwar tak boleh jadi PM kerana dalam penjara – Dr Mahathir

Sekianlah artikel Anwar tak boleh jadi PM kerana dalam penjara – Dr Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anwar tak boleh jadi PM kerana dalam penjara – Dr Mahathir dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/anwar-tak-boleh-jadi-pm-kerana-dalam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :