Balas dendam kematian anak

Balas dendam kematian anak - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Balas dendam kematian anak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Balas dendam kematian anak
link : Balas dendam kematian anak

Baca juga


Balas dendam kematian anak

Kebiasaannya kebanyakan artis apabila sudah memasuki usia emas akan memperlahankan karier seni mereka. Ada pula lebih selesa melakukan kerja di belakang tadbir.

Berbeza pula dengan bintang legenda Hong Kong, Jackie Chan masih aktif melakonkan aksi lagak ngeri walaupun usianya mencecah 63 tahun.

Pelakon yang turut popular di Hollywood ini pernah memberitahu kurang gemar menggunakan pelakon lagak ngeri dan memilih melakukannya sendiri.

Tahun ini saja, Jackie membintangi enam filem termasuk tiga animasi dan terbaru, dia bakal beraksi dalam karya adaptasi novel The Chinaman nukilan Stephen Leather berjudul The Foreigner.

Filem arahan Martin Campbell itu akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 28 September ini turut membariskan bintang James Bond, Pierce Brosnan bersama Liu Tao dan Katie Leung.

Ia menyaksikan Jackie berlakon sebagai pengusaha restoran bernama Quan nekad balas dendam terhadap kejadian anak perempuannya yang terbunuh dalam serangan pengganas.

Quan berjumpa pegawai kerajaan British, Hennessey lakonan Brosnan dan mendesak lelaki itu untuk memberi senarai nama pengganas.

Kali ini, Jackie bukan saja mempamerkan bakat seni pertahankan diri tetapi beberapa aksi mencemaskan yang pasti membuat penonton gelisah memikirkan nasib pelakon itu.

Pemenang anugerah Kehormatan Oscar ini tidak akan menghiburkan penonton dengan jenakanya kerana wataknya diselubungi kesedihan dan emosi ketika berusaha menjejaki pengganas yang bertanggungjawab atas kejadian pengeboman.

Bercerita mengenai pembikinan The Foreigner, Campbell memberitahu penggambaran babak pengeboman bas di Jambatan London mengambil perbincangan empat bulan bersama pihak berkuasa.

“Penggambaran babak itu dirancang dengan teliti dan letupan terbabit mendapat liputan luas pihak media. Penduduk setempat sudah dimaklumkan mengenai penggambaran itu,” katanya.

Mengenai kerjasamanya dengan Jackie, pengarah itu menyifatkan Quan watak unik bagi bintang itu kerana bukan karakter yang biasa dibawanya.

“Watak itu serius dan adalah lelaki yang pendiam, berkeyakinan diri serta fokus dalam menjejaki pihak bertanggungjawab membunuh anaknya,” katanya.

Selain itu, Campbell berkata, pelakon terbabit turut dilarang melakukan aksi lagak ngeri termasuk pertarungan di atas bumbung seperti dipaparkan dalam klip video.

“Kami pasti susah kalau Jackie cedera ketika melakukan aksi sedemikian.

“Saya turut mengubah cara tradisi mempertahankan diri Jackie. Dalam filem ini, skil Quan lebih kepada tentera,” katanya.

Namun begitu, Jackie menegaskan dia akhirnya dibenarkan melakukan aksi pertarungan tanpa bantuan pakar.

“Peminat pasti mahu melihat saya buat aksi itu, pada masa sama saya dapat menjaga kesihatan badan,” katanya.

Mengenai wataknya, Jackie yang mempunyai anak perempuan berusia 17 tahun berkata dia cuba membayangkan perasaan seorang bapa yang kehilangan anak.

Disangka orang Vietnam

Hanya kerana memiliki pasport Vietnam dalam klip video The Foreigner, Jackie dikritik penonton yang menyangka wataknya adalah rakyat dari negara itu.

Dakwaan itu turut disokong barisan pengkritik Oscar yang mengatakan Jackie adalah bangsa Cina dan diberikan watak orang Vietnam.

Berikutan itu, jurucakap produksi segera mengeluarkan kenyataan dan menegaskan watak Jackie adalah Cina.

Ujar jurucakap itu lagi, filem terbabit menyelitkan beberapa plot dan misteri berkaitan identiti sebenar Quan termasuk asal usul keturunannya.

The post Balas dendam kematian anak appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Balas dendam kematian anak

Sekianlah artikel Balas dendam kematian anak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Balas dendam kematian anak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/balas-dendam-kematian-anak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :