link : Malu kantoi miming, Sharifah Zarina terkejut dihina produser TV bila ditanya masalah yang berlaku
Malu kantoi miming, Sharifah Zarina terkejut dihina produser TV bila ditanya masalah yang berlaku
Hasrat asal penyanyi Sharifah Zarina, 36, cuma mahu mempromosikan lagu baharu berjudul Seiring Gema Takbir dalam sebuah program bual bicara popular.
Selepas berjaya mendapatkan slot dan dijemput hadir ke studio bagi menjayakan program siaran langsung itu, berlaku sedikit masalah teknikal yang membuatkan audio terhenti ketika dia sedang menyanyi.
“Ketika itu saya menggunakan teknik nyanyian miming, jadi audiens yang menontonnya akan perasan lagu itu tidak dinyanyikan secara langsung (live). Apabila berlaku keadaan seperti itu memang amat memalukan,” jelasnya kepada Utusan Online.
Setelah tamat siaran, Sharifah Zarina menunggu penjelasan daripada wakil produksi namun tiada siapa yang datang kepadanya bagi dia mendapatkan jawapan.
Kemudian apabila pulang ke rumah, penyanyi lagu Langit Ke Tujuh itu cuba dapatkan penjelasan daripada produser berkenaan tentang kejadian tersebut kerana baru pertama kali menghadapinya.
Sharifah Zarina terkejut apabila produser itu bertindak menyalahkannya kerana memberi fail salinan lagu yang tidak berkualiti.
“Semasa berurusan dengannya menerusi aplikasi WhatsApp, dia sendiri meminta saya menghantar salinan berkenaan menggunakan aplikasi sama, bukannya e-mel. Masa itu saya sudah ragu-ragu kerana fail salinan lagu selalunya perlu dihantar menggunakan e-mel untuk menjaga kualiti asal sesuatu lagu itu.
“Meskipun saya mencadangkan untuk menggunakan e-mel, dia tetap berkeras mahu saya hantar menerusi WhatsApp. Jadi saya ikutkan sahaja kehendaknya.
Jadi apabila berlaku kejadian yang tak diingini seperti hari tu, penyanyi mana yang tak kecewa,” ujar anak kelahiran Kuching, Sarawak itu.
Tidak berpuas hati dengan tuduhan produser itu, Sharifah Zarina mengajukan lagi beberapa soalan lanjutan yang dibalas dengan jawapan yang amat mengelirukan.
Katanya, produser berkenaan tiba-tiba menyebut mengenai muzik video sedangkan Sharifah Zarina bertanya tentang masalah persembahannya.
“Saya pun tak tahu dia merujuk video muzik siapa sebab saya memang tiada keluarkan muzik video. Apabila saya perkenalkan semula nama saya supaya tidak berlaku salah faham, dia tetap bercakap mengenai muzik video.
“Perbualan itu menjadi meleret kerana berulang kali saya katakan tiada kaitan dengan muzik video yang disebutnya, cuma persembahan miming,” jelasnya lagi.
Menurut peserta Gegar Vaganza musim pertama itu, disebabkan kekeliruannya masih belum terungkai, dia meneruskan lagi pertanyaan. Kemudian produser berkenaan terus menghubunginya dan Sharifah Zarina mengharapkan dia akan dapat jawapan lebih wajar.
“Rupa-rupanya dia buat panggilan sekadar untuk menghina saya. Memperlekehkan kedudukan saya untuk pihaknya melayan setiap soalan yang saya tanya.
“Apabila dia bercakap kasar seperti itu, terus hilang rasa hormat terhadapnya kerana tidak profesional menanggung kesilapan yang dilakukannya,” luah penyanyi itu.
Sedih dengan situasi yang dihadapinya, Sharifah Zarina bertindak memanjangkan hal tersebut kepada Ketua Pegawai Operasi stesen televisyen berkenaan untuk tindakan lanjut.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Demikianlah Artikel Malu kantoi miming, Sharifah Zarina terkejut dihina produser TV bila ditanya masalah yang berlaku
Anda sekarang membaca artikel Malu kantoi miming, Sharifah Zarina terkejut dihina produser TV bila ditanya masalah yang berlaku dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/malu-kantoi-miming-sharifah-zarina.html