link : Bekas Isteri Buat Permohonan Maaf Selepas Tersebarnya Video Pendedahan Suami Kantoi Berlaku Curang Dengan Perempuan - Ini Respon Dari Suami
Bekas Isteri Buat Permohonan Maaf Selepas Tersebarnya Video Pendedahan Suami Kantoi Berlaku Curang Dengan Perempuan - Ini Respon Dari Suami
Satu rakaman video yang memaparkan seorang isteri menangkap suaminya yang dipercayai berlaku curang dengan seorang wanita yang dikatakan seorang Gro jadi tular di media sosial sejak semalam.
Dalam rakaman video berkenaan jelas kedengaran si suami telah menceraikan isterinya yang bernama Nurain Abdullah dengan talak satu dalam kejadian yang dikatakan berlaku pada 27 Jun lalu.
Dek kerana terlalu lama memendam rasa dan kecewa dengan perhubungannya bersama suami, Nurain akhirnya telah mendedahkan apa yang telah berlaku kepada hubungannya dengan suami melalui video dengan memuat naik ke laman sosial.
Terdahulu, Nurain Abdullah sebelum bernikah dengan suaminya dikatakan beragama Kristian dan memeluk Islam serta berkahwin dengan suaminya 10 tahun lalu dan tinggal di Johor Bahru. Nurain juga dikatakan sanggup meninggalkan agama serta keluarganya kerana berkahwin dengan suaminya itu.
Ekoran penularan tentang kisah perhubungannya bersama suami di media sosial sehinggakan netizen menyelar tindakan Nurain kerana dianggap telah membuka aib serta menjatuhkan bekas suaminya sendiri, Nurain akhirnya tampil memberikan penjelasan mengapa dia bertindak sedemikian.
Setelah menyedari akan kesilapannya itu, Nurain akhirnya telah memuat naik satu status melalui akaun Facebook miliknya dengan membuat permohonan maaf secara terbuka serta turut memaklumkan bahawa bekas suaminya itu tidak pernah melupakan akan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah kepada anak-anaknya dan juga dirinya dalam pemberian nafkah setiap bulan. Berikutnya adalah luahan dari Nurain sendiri.
Ekoran status permohonan maaf berkenaan rata-rata netizen berpendapat berkemungkinan akaun Facebook milik wanita itu telah digodam atau beliau telah diugut untuk berbuat demikian memandangkan rakaman video yang dimuat naik oleh Nurain juga turut dipadam.
Walau bagaimanapun, satu komen yang begitu menarik perhatian ramai yang dipercayai daripada bekas suami Nurain sendiri telah mengulaskan tentang perkara ini dengan bersahaja tanpa menggunakan emosi kemarahan walaupun beliau sedar rakaman video berkaitan dengan dirinya telah tersebar.
Selain itu, Nurain turut menasihatkan dan meminta orang ramai berhenti daripada menyebarkan rakaman video berkenaan yang telah dimuat naiknya itu.
Semoga apa yang dilalui oleh wanita ini serta bekas suaminya itu dipermudahkan serta mencapai jalan penyelesaian yang baik tanpa meninggalkan sebarang kesan kepada kedua-dua belah pihak.
Demikianlah Artikel Bekas Isteri Buat Permohonan Maaf Selepas Tersebarnya Video Pendedahan Suami Kantoi Berlaku Curang Dengan Perempuan - Ini Respon Dari Suami
Anda sekarang membaca artikel Bekas Isteri Buat Permohonan Maaf Selepas Tersebarnya Video Pendedahan Suami Kantoi Berlaku Curang Dengan Perempuan - Ini Respon Dari Suami dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/bekas-isteri-buat-permohonan-maaf.html