link : NGO Syria Sahkan Ketua Daesh Sudah Terbunuh
NGO Syria Sahkan Ketua Daesh Sudah Terbunuh
KAHIRAH – Kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) mengesahkan bahawa ia menerima ‘maklumat sahih’ bahawa ketua Daesh, iaitu Abu Bakr Al-Baghdadi, sudah terbunuh.
Perkara tersebut dimaklumkan kepada Reuters di ibu kota Mesir di sini semalam, namun agensi berita antarabangsa berpusat di London, Britain itu tidak dapat mengesahkan laporan berkenaan kematian Abu Bakr dengan pasti.
“Kami mengesahkan maklumat ini daripada beberapa pemimpin Daesh, termasuk salah satu daripada ketua utama Daesh daerah pedalaman Deir al-Zor,” kata Rami Abdulrahman, pengarah SOHR yang berpangkalan di Britain.
Kementerian Pertahanan Rusia menyatakan pada 17 Jun lalu mendakwa ia mungkin sudah membunuh Abu Bakr dalam salah satu serangan udara di satu pertemuan komander Daesh di sekitar bandar Syria, Raqqa.
Bagiamanapun Washington menyatakan ia tidak dapat mengesahkan kematiannya dan pegawai-pegawai Barat dan Iraq mengesyaki berita tersebut.
Kematian Baghdadi diisytiharkan beberapa kali sebelum ini. Namun SOHR dianggap mempunyai catatan rekod yang berwibawa tentang perang saudara di Syria.
Encik Abdulrahman mengatakan sumber kumpulan pemantau itu di Deir al-Zor, di timur Syria diberitahu sumber daripada ISIS bahawa Baghdadi sudah mati “tetapi tidak memberitahu bila” ia berlaku.
Para pegawai Iraq dan Kurdi tidak mengesahkan kematiannya. Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat menyatakan ia tidak mempunyai sebarang maklumat untuk mengesahkan kematiannya.
Lelaman web ISIS dan media sosialnya juga tidak membawa sebarang khabar mengenai kematian ketuanya itu.
Kematian Baghdadi, yang mengisytiharkan khilafah di sebuah masjid di bandar Mosul di Iraq pada 2014, akan menjadi salah satu kekalahan besar ISIS, yang cuba untuk melindungi wilayahnya di Syria dan Iraq, yang kini semakin mengecil.
– REUTERS
Loading...
Demikianlah Artikel NGO Syria Sahkan Ketua Daesh Sudah Terbunuh
Anda sekarang membaca artikel NGO Syria Sahkan Ketua Daesh Sudah Terbunuh dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/ngo-syria-sahkan-ketua-daesh-sudah.html