Bekas Jurulatih Pahang Meninggal Dunia

Bekas Jurulatih Pahang Meninggal Dunia - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bekas Jurulatih Pahang Meninggal Dunia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bekas Jurulatih Pahang Meninggal Dunia
link : Bekas Jurulatih Pahang Meninggal Dunia

Baca juga


Bekas Jurulatih Pahang Meninggal Dunia

KUANTAN – Bekas jurulatih bola sepak Pahang, Fuzzeimi Ibrahim meninggal dunia di Darul Makmur Medical Centre (DMMC) di sini pada pukul 4.30 pagi tadi akibat serangan jantung.

Fuzzeimi, 60, yang merupakan Pengarah Teknikal dan Kejurulatihan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dikatakan mengadu sakit dada semasa berada di rumahnya di sini pada pukul 4 pagi.

Seorang anggota keluarganya memberitahu Fuzzeimi disahkan meninggal dunia semasa sedang menerima rawatan di unit kecemasan pusat perubatan itu dan jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kempadang di sini pada pukul 11 pagi tadi.

Beliau meninggalkan seorang balu, seorang anak dan cucu.

Allahyarham yang merupakan bekas setiausaha agung PBNP pernah menyarung jersi Pahang sekitar awal tahun 80-an sebelum dilantik menjadi jurulatih pada tahun 1999 hingga 2000.

Pencapaian terbaik beliau ialah semasa membantu Pahang muncul juara Liga Divisyen Satu pada 1999.

Setiausaha Persatuan Sepak Daerah Kuantan (Kuantan FA), Ahmad Muda menyifatkan Allahyarham sebagai antara jurulatih dan pemain Pahang terbaik pada zamannya.

Beliau menambah Allahyarham tidak lokek untuk berkongsi ilmu kepada beliau bagi menjadi seorang jurulatih yang berwibawa dan menjalankan tugas selaku setiausaha bola sepak.

“Ilmu yang diberikan Allahyarham banyak membantu saya membimbing pemain muda kepada skuad Piala Presiden pada 2010. Pemergian beliau sudah pasti begitu dirasai terutama kepada rakan sepasukan yang pernah bersama beraksi bersama-samanya,” katanya. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Bekas Jurulatih Pahang Meninggal Dunia

Sekianlah artikel Bekas Jurulatih Pahang Meninggal Dunia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bekas Jurulatih Pahang Meninggal Dunia dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/bekas-jurulatih-pahang-meninggal-dunia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :