link : Beli tudung guna mesin layan diri
Beli tudung guna mesin layan diri
Mesin layan diri yang dikenali sebagai Querenda Hijab On The Go dikeluarkan buat pertama kali sebagai projek rintis di The Mines, Seri Kembangan, Selangor, lapor Sinar Harian pada Sabtu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roszie Amir mesin layan diri itu juga menyediakan TV LCD yang menayangkan tutorial menggayakan tudung jenama mereka.
“Satu mesin ini mampu memuatkan 150 helai tudung pelbagai koleksi dan warna. Biasanya kami hanya letak dua koleksi tudung sahaja dan pelbagai pilihan warna, yang sesuai dengan sasaran pelanggan di suatu lokasi tersebut. Tudung Querenda didatangkan dalam kotak khas yang sesuai juga untuk dijadikan sebagai hadiah.“Pembeli mempunyai pilihan kaedah pembayaran, sama ada secara tunai, debit, kredit dan Touch ‘n Go,” katanya.
Tambahnya, sebanyak 20 vendor akan menyediakan khidmat mesin layan diri itu pada tahun ini.
Querenda menghasilkan tudung jenis shawl pelbagai saiz. Sesebuah mesin boleh menyimpan sehingga 150 helai tudung pada satu masa.
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Beli tudung guna mesin layan diri
Sekianlah artikel Beli tudung guna mesin layan diri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Beli tudung guna mesin layan diri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/beli-tudung-guna-mesin-layan-diri.html