link : Shahir Terkenang Rumah Terbuka Kali Pertama Jadi Artis
Shahir Terkenang Rumah Terbuka Kali Pertama Jadi Artis
Kali pertama jadi artis, Shahir kena kejutan budaya. (Gambar: Mohamad Bakar)
Tahun pertama bergelar artis selepas menjuarai Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir Zawawi kira kira tahun 2010 lalu, dia turut menganjurkan rumah terbuka di kampung halaman di Kampar, Perak. Ketika itu tetamu yang datang bagi menyaksikan sang juara yang kini menjadi teman akrab Erra Fazira ini memang ramai.
Shahir sendiri sampai tidak menyangka begitu ramai yang sanggup datang dari dekat dan jauh untuk menghadiri rumah terbuka anjurannya itu. Malah hingga kini, memori itu terus menjadi kenangan yang mencuit jiwa dan hati penyanyi lagu Aku Yang Berdosa itu.
“Ramai yang datang, malah yang tak dikenali pun ada. Ada yang dari Pahang dan juga dari Singapura. Saya sendiri tertanya -tanya bagaimana mereka boleh tahu mengenai majlis ini yang saya buat serba sederhana sahaja. Rupa-rupanya ia tersebar apabila orang kampung bercerita dari satu mulut ke mulut.
“Saya sangkakan hanya orang kampung dan mereka yang berdekatan sahaja yang hadir. Ia benar-benar memang pengalaman baru. Risau juga dalam hati kalau makanan yang disediakan tak mencukupi. Tapi mujur ada yang datang sebab nak bergambar dan duit raya saja daripada saya,” katanya.
Kata Shahir sambil tersenyum, peruntukan duit raya yang ditetapkan awal juga sudah tersasar.
“Bukan setakat peminat cilik, peminat dewasa pun minta duit raya. Jadi saya kena juga beri. Tapi lucunya, ada peminat yang buka sampul raya yang saya berikan mula merungut manja sebab saya peruntukkan RM1 seorang. Nak beri banyak duit raya pun, saya sudah banyak habiskan duit untuk anjurkan majlis itu.
“Dikenang balik memang lucu jadinya. Tapi ia kekal jadi memori sweet dalam hidup saya. Maklumlah baru jadi artis,” katanya sambil menampakkan barisan giginya yang kini masih menggunakan pendakap gigi.
Selain itu, Shahir turut mengimbas memori rayanya waktu kecil.
“Kalau balik kampung itu, benda pertama yang saya nak tengok ialah jumlah kereta yang datang berkunjung. Kalau banyak kereta, lagi meriah dan lagi banyaklah duit raya saya dapat kumpul.
“Memori serang rumah orang dan pusing satu kampung nak beraya pun ada. Rumah yang tak dikenali pun selamba nak beraya sebab nak kumpul duit raya punya fasal. Tapi sekarang dah besar, saya pula yang kena bagi duit raya. Paling banyak saya berjaya kumpul dalam RM150. Jumlah itu sudah cukup banyak zaman itu.
“Lucunya, masuk beraya rumah orang bukan nak makan pun. Tapi hakikatnya nak tunggu tuan rumah hulur duit raya. Saya pun nakal juga waktu kecil. Main bunga api sampai luka di bahagian muka pun ada. Mujur tak teruk sangat dan tak perlu ke klinik,” katanya.
Dalam perkembangan lain, selepas lima tahun diuruskan Astro, jejaka yang pernah terjun ke bidang lakonan itu turut memilih untuk merencana sendiri kerjaya seninya. Shahir yang sudah lama menyepi, kini menetap bersama adik lelakinya di Subang Jaya dan mula mengatur strategi kembali aktif.
Berkongsi perancangannya, Shahir memberitahu, dia juga akan menghadiahkan peminat single baharu ciptaan sendiri selepas Aidilfitri.
"Lagu ini sudah tiga tahun terperam. Ia sangat istimewa kerana ditujukan buat semua ibu di dunia ini. Saya berkemungkinan besar akan merakamkan lagu ini tidak lama lagi selepas beberapa perkara didahulukan. Cuma untuk dipromosikan pada bulan puasa, tidak sesuai. Jadi lagu ini akan diperdengarkan selepas Aidilfitri,” katanya yang kali terakhir muncul dengan single pada 2013 melalui lagu Dia Yang Ku Pilih.
Sambutan rayanya pula seperti biasa dan tiada beza seperti tahun sebelumnya. Kata Shahir, persiapan baju rayanya adalah serba sedikit. Shahir seperti biasa akan beraya di Kampar bermula 22 Jun ini. Ada rezeki, Shahir juga tidak menolak untuk mengeratkan silaturahim beraya di rumah keluarga Erra.
Hubungannya dengan wanita itu juga berjalan seperti biasa dan hingga saat ini belum ada berita mengenai fasa lanjut hubungan mereka. Cuma ketika Ramadan lalu, Shahir turut muncul memakai baju sedondon warna hijau dengan Erra ketika menghadiri majlis buka puasa diadakan di Melaka.
Jubah: Butik Ezuwan Ismail, Dagang Avenue, Taman Dagang (Instagram: @ezuwanismail) dan jubah @eisa.byezuwanismail)
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Shahir Terkenang Rumah Terbuka Kali Pertama Jadi Artis
Anda sekarang membaca artikel Shahir Terkenang Rumah Terbuka Kali Pertama Jadi Artis dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/shahir-terkenang-rumah-terbuka-kali.html