link : Belia Orang Asli Disaran Ambil Peluang Perluas Kemahiran
Belia Orang Asli Disaran Ambil Peluang Perluas Kemahiran
SHAH ALAM – Belia Orang Asli disaran mengambil peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran melalui program yang disediakan oleh kerajaan.
Anggota Dewan Negara mewakili Orang Asli Isa Ab Hamid berkata belia Orang Asli perlu mencari kemahiran baharu seiring dengan arus permodenan negara untuk menjana lebih pendapatan dan tidak lagi hanya bergantung kepada hasil hutan serta bantuan kerajaan.
“Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (JLKK) anjuran Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) merupakan platform yang bagus untuk belia Orang Asli melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran yang sesuai dengan minat mereka.
“Belia Orang Asli yang mengikuti program ini juga akan ditawarkan pembiayaan penuh untuk yuran pengajian dan wang saku. Untuk menyertai program ini, syarat yang ditetapkan adalah mudah, peserta hanya perlu pandai membaca dan menulis,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri jelajah program berkenaan di Kampung Orang Asli Air Kuning, Bukit Bandaraya di sini, yang turut dihadiri Pengarah Jakoa Selangor Norliza Mohammad Basiron.
Sebanyak 10 kolej kemahiran menawarkan kira-kira 16 jenis kursus kemahiran, antaranya kursus dandanan, pendawaian elektrik, jahitan dan automotif.
Isa berkata, sehingga kini, sekurang-kurangnya 4,000 belia Orang Asli telah menyertai JLKK sejak diperkenalkan lima tahun lepas.
Daripada jumlah itu tambah beliau, 70 peratus telah memperoleh pekerjaan. – BERNAMA
Loading...
Demikianlah Artikel Belia Orang Asli Disaran Ambil Peluang Perluas Kemahiran
Anda sekarang membaca artikel Belia Orang Asli Disaran Ambil Peluang Perluas Kemahiran dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/belia-orang-asli-disaran-ambil-peluang.html