Bienda perlahankan bisnes

Bienda perlahankan bisnes - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bienda perlahankan bisnes, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bienda perlahankan bisnes
link : Bienda perlahankan bisnes

Baca juga


Bienda perlahankan bisnes

Penyertaan Bienda dalam program Gema Gegar Vaganza lalu menyemarakkan semula semangatnya untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian dan lakonan.

Selama ini penyanyi lagu Penantian berusia 32 tahun ini ‘sentiasa’ ada dalam industri hiburan tanah air, cuma selepas berkahwin dan dikurniakan cahaya mata dia memperlahankan kerjaya seninya.

Jika ada tawaran menyanyi pun dia hanya terima acara yang dibuat di sekitar Kuala Lumpur.

Waktu selebihnya dia sibuk menguruskan rumah tangga memandangkan dua anaknya masih kecil.

Selain itu dia juga berniaga tudung jenamanya sendiri.

Kini, Bienda mahu fokus sepenuhnya dalam dunia hiburan tanah air dan akan tampil dengan single terbaru berjudul Jaga Hati ciptaan DJ Fuzz.

“Lagu itu sudah siap dan saya juga akan merakamkan klip video. Saya sedang membuat perancangan teliti dan persiapan rapi untuk memastikan lagu itu dapat mengetengahkan saya semula dalam arena seni suara tanah air.

“Buat sementara, saya perlahankan perniagaan tudung dengan hanya menjual menerusi talian saja dan tidak lagi berniaga di bazar.

“Selepas klip video siap, saya akan mempromosikan lagu itu menerusi radio dan seterusnya akan mengadakan program jelajah di seluruh negara,” katanya.

Dalam pada itu, Bienda juga menjelaskan dia tidak lagi berkhidmat sebagai penyampai radio di Manis FM di pantai timur.

“Ramai juga yang belum tahu saya tidak lagi bersama Manis FM dan ingat masih menetap di Terengganu. Saya sudah kembali menetap di Kuala Lumpur dan sedia terima tawaran menyanyi serta berlakon.

“Ada tawaran menjadi penyampai radio daripada stesen radio swasta yang beroperasi di Lembah Klang tetapi saya terpaksa tolak dulu kerana mahu fokus kepada single terbaru dan lakonan,” katanya.

Seronok bercuti sambil bekerja di Taiwan

Bienda atau nama sebenarnya, Nor Razlinda Razli dan suami baru saja kembali dari Taiwan selepas menjayakan penggambaran untuk program Romantika di sana. Episod Bienda dan suaminya itu akan ditayangkan pada penghujung bulan ini di saluran Astro Ria.

Itu kali pertama Bienda menjejakkan kaki ke Taiwan dan amat teruja dengan keindahannya dan senang mencari makanan halal di sana.

“Biasanya saya sekeluarga bercuti di pulau atau lokasi yang ada pantai kerana saya dan suami amat sukakan laut. Namun hati ini teringin juga untuk meneroka tempat lain lalu tawaran Astro untuk menjalani penggambaran di Taiwan sesuatu yang saya nantikan.

“Alhamdulillah, sudah lapan tahun berkahwin jadi peluang ke Taiwan adalah hadiah terbaik buat saya dan suami agar terus mengeratkan kasih sayang kami,” katanya.

Beraya dengan peminat

Dalam pada itu, Bienda akan berada di Rabbani Lamb House, Kuala Lumpur dalam satu acara yang dinamakan Buffet Raya Istimewa Bersama Bienda, Ahad ini.

Pada hari itu, di samping beramah mesra dengan pengunjung restoran, Bienda juga akan membuat persembahan.

“Lamaran daripada restoran itu peluang terbaik untuk saya menjalin silaturahim dengan peminat,” katanya.

The post Bienda perlahankan bisnes appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Bienda perlahankan bisnes

Sekianlah artikel Bienda perlahankan bisnes kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bienda perlahankan bisnes dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/bienda-perlahankan-bisnes.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :