“Buat Persiapan Awal Mudahkan Urus Keluarga.” - Rosma

“Buat Persiapan Awal Mudahkan Urus Keluarga.” - Rosma - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Buat Persiapan Awal Mudahkan Urus Keluarga.” - Rosma, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Buat Persiapan Awal Mudahkan Urus Keluarga.” - Rosma
link : “Buat Persiapan Awal Mudahkan Urus Keluarga.” - Rosma

Baca juga


“Buat Persiapan Awal Mudahkan Urus Keluarga.” - Rosma

“Buat Persiapan Awal Mudahkan Urus Keluarga.” - Rosma

Rosma uruskan semua hal berkaitan raya untuk keluarga. (Gambar: Mohamad Bakar)

Akur dengan keadaan suami, Khai, yang berdepan masalah kesihatan kerana mengidap masalah slip disc sejak beberapa bulan lalu, Rosma mengambil tanggungjawab dengan menguruskan persiapan raya keluarga.

Rosma dan Khai yang bakat mereka masing-masing digilap menerusi Akademi Fantasia musim pertama berkahwin pada 2008 dan dikurniakan dua orang anak bernama Muhammad Amzar Danish, 8, dan Nur Amani Damia Mohd, 3. Ini tahun kesembilan mereka berkahwin.

Rosma ambil alih tugas buat sementara waktu.

“Segala persiapan raya tak kira kuih atau baju, semua sudah diuruskan lebih awal supaya tak kelam kabut.

“Ikutkan dari awal perkahwinan, kami lebih suka beli baju pasang siap saja kerana persiapan kebiasaannya dibuat pada minit akhir. Cuma sejak beberapa tahun kebelakangan ini kami mula menempah baju raya.

“Tahun ini kami memilih beraya sedondon dengan warna ungu dan hijau zamrud,” kata Rosma.

Sepanjang tempoh berkahwin juga, pasangan sama padan sama cantik ini tak berdepan masalah dalam menentukan kampung mana dulu nak pulang beraya. Mereka akan pulang beraya di Kuantan, Pahang dahulu sebelum menuju ke destinasi seterusnya di Johor Bahru.

Sekeluarga beraya di Kuantan.

“Jadi apabila keluarga kami tinggal di Kuantan memang memudahkan rancangan balik raya kami. Sebelum ini keluarga saya menetap di Kuala Lumpur dan beberapa tahun lalu berpindah ke Kuantan.

“Senang cerita kerana ibu Khai pun tinggal di kawasan perumahan yang berdekatan. Hanya lima minit perjalanan sahaja rumah keluarga Khai dan saya.

“Kebiasaannya hanya pada pertengahan Syawal kami selalunya pulang ke Johor Bahru kerana ayah Khai menetap di sana,” katanya.

Mengenai kesakitan yang dilalui suami tercinta, Rosma memaklumkan ada beberapa ketika Khai memang terpaksa menahan sakit seolah olah tiada apa yang terjadi.

Khai menanggung kesakitan akibat slip disc.

“Bulan lalu saja pernah dalam dua minggu juga dia tak boleh bangun. Sepanjang Ramadan ini pun kalau dia kuat, dia akan temankan saya membuat persembahan ketika orang ramai berbuka puasa di Restoran Pot & Pan, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

“Saya juga tak mahu dia ambil mudah dalam hal ini. Rawatan berterusan dengan pakar tulang perlu dibuat senantiasa. Dia juga perlu berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan dalam dua kali seminggu,” kata Rosma.

Rosma bakal promosikan single terbaharu selepas raya.

Dalam perkembangan lain, Rosma juga sedang menghitung hari untuk melancarkan single terbarunya berjudul Sumpah Setia ciptaan salah seorang anggota kumpulan KRU iaitu Edry Abdul Halim.

“Sepatutnya saya rancang nak lancarkan bulan lalu. Tapi kerana masalah kesihatan Khai dan komitmen saya di PICC sepanjang Ramadan, perancangan itu terpaksa ditunda. Kemungkinan besar akan dipromosikan selepas raya nanti.

“Single ini hadir selepas 10 tahun saya keluarkan album Demi Kasih Ini dan pernah diingati dengan lagu Joget Cinta Sakti,” katanya.

Sumpah Setia diakui Rosma boleh dikaitkan mengenai kasih dan sayangnya terhadap suami tercinta jelasnya yang turut aktif menjalankan perniagaan produk pelangsingan Magic Slims.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel “Buat Persiapan Awal Mudahkan Urus Keluarga.” - Rosma

Sekianlah artikel “Buat Persiapan Awal Mudahkan Urus Keluarga.” - Rosma kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Buat Persiapan Awal Mudahkan Urus Keluarga.” - Rosma dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/buat-persiapan-awal-mudahkan-urus.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :