link : “Untung Kahwin Satu Negeri.” - Fahrin Ahmad
“Untung Kahwin Satu Negeri.” - Fahrin Ahmad
Tidak berebut untuk pulang ke kampung di hari raya. (Gambar: Mohamad Bakar)
Raya Fahrin Ahmad dan isterinya, Elena Hani Eleas tahun ini bertambah meriah dengan kehadiran anak tersayang Khalifa Fahrel yang kini berusia sembilan bulan.
Malah baik Fahrin dan isterinya juga tidak perlu pening kepala menanti giliran beraya di mana kerana masing-masing berasal dari negeri yang sama iaitu Johor Bahru.
“Kalau pasangan lain barangkali perlu bergilir gilir atau sampai tahap bermasam muka nak tentukan lokasi raya di mana. Tapi saya bersyukur isteri satu negeri dan keluarga kami memang menetap di Johor. Untung kahwin satu negeri ini.
“Masa raya inilah apabila saudara mara dan ahli keluarga berkumpul, macam-macam cerita dapat dikongsi dan didengari. Kehadiran Khalifa memang buat raya saya dan isteri lagi berganda keseronokannya,” kata Fahrin.
Jika tahun lalu, Fahrin dan isteri beraya berdua, pastinya tahun ini memberikan keindahan tersendiri buat lelaki berbadan tegap itu dan isterinya.
“Anak jadi penyeri Syawal kali ini. Persiapan raya pun kami lebih utamakan kepadanya. Kami sendiri pun tak sabar nak bawa Khalifa bertemu saudara mara dan sahabat handai.
Tentang persiapan raya, Fahrin menyerahkan 100 peratus kepada isteri tersayangnya.
“Saya memang bukan jenis orang yang cerewet. Jadi memang saya tidak kisah dengan apa sahaja pilihan isteri.
“Saya hanya menurut. Bagi saya soal persiapan biarlah isteri yang putuskan. Saya ikut sahaja apa yang terbaik dan paling penting isteri dan anak gembira.
"Saya juga tidak kisah soal pilihan warna. Jika isteri suka, saya pasti setuju," katanya yang turut menyumbangkan suara untuk satu watak dalam filem The Secret Life of Pets terbitan HBO.
Fahrin dan Elena bernikah pada Mei 2015.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel “Untung Kahwin Satu Negeri.” - Fahrin Ahmad
Anda sekarang membaca artikel “Untung Kahwin Satu Negeri.” - Fahrin Ahmad dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/untung-kahwin-satu-negeri-fahrin-ahmad.html