Buruh didakwa bunuh anak tiri

Buruh didakwa bunuh anak tiri - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Buruh didakwa bunuh anak tiri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Buruh didakwa bunuh anak tiri
link : Buruh didakwa bunuh anak tiri

Baca juga


Buruh didakwa bunuh anak tiri

SETIU: Seorang buruh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh anak tirinya berusia lima tahun.

Rosmanan Abd Rahman, 38, bapa tiri kepada Muhammad Hairil Amsyar Abdul Rahman didakwa melakukan kesalahan tersebut di 218, Felda Tenang, Pasir Akar, Besut pada 3.30 pagi, 28 Jun.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan dan tertuduh hanya mengangguk faham setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Majistret Tuan Ruzaini Tuan Lah menetapkan 16 Ogos untuk sebutan semula di Mahkamah Besut.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nur Zafirah Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam kejadian awal pagi 28 Jun, Muhammad Hiril Amsyar Abdul Rahman disahkan meninggal dunia ketika dibawa tertuduh untuk mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Daerah Besut dengan alasan terjatuh daripada motosikal, namun, hasil pemeriksaan awal mendapati punca kematian mangsa tidak konsisten dengan keterangan suspek.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Buruh didakwa bunuh anak tiri

Sekianlah artikel Buruh didakwa bunuh anak tiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Buruh didakwa bunuh anak tiri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/buruh-didakwa-bunuh-anak-tiri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :