link : Scha Al-Yahya Dah Ready Nak Timang Baby Lagi
Scha Al-Yahya Dah Ready Nak Timang Baby Lagi
PELAKON Scha Al-Yahya mendedahkan dia kini sudah bersedia untuk menimang cahaya mata lagi memandangkan anak sulungnya, Lara Alana sudah pun mencecah usia tiga tahun.
Malah, aktres berusia 34 tahun itu juga tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki menimang bayi kedua dalam masa terdekat ini.
“Setelah lima tahun mendirikan rumah tangga, saya berdoa supaya diberikan segera rezeki untuk menambah anak. Sebelum ini, kami merancang kerana mahu memberi ruang kepada Lara untuk matang sebelum dikurniakan adik,” katanya, memetik BH Online.
Scha dan suami, Awal Ashaari berkahwin pada 4 Mei 2012 dan majlis perkahwinan mereka dilabel Wedding of the Year pada tahun itu oleh peminat hiburan tempatan.
Sejak mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti ini turut digelar power couple dan sering menjadi pilihan kebanyakan label popular seperti Yakult, Jakel dan Adidas untuk menjadi duta mereka. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
Demikianlah Artikel Scha Al-Yahya Dah Ready Nak Timang Baby Lagi
Anda sekarang membaca artikel Scha Al-Yahya Dah Ready Nak Timang Baby Lagi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/scha-al-yahya-dah-ready-nak-timang-baby.html