DAP BERDOLAK-DALIK ENGGAN TANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH

DAP BERDOLAK-DALIK ENGGAN TANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP BERDOLAK-DALIK ENGGAN TANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP BERDOLAK-DALIK ENGGAN TANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH
link : DAP BERDOLAK-DALIK ENGGAN TANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH

Baca juga


DAP BERDOLAK-DALIK ENGGAN TANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH

Kerajaan DAP Pulau Pinang dicabar untuk menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang digerakkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menunjukkan komitmen serta kesungguhan kerajaan negeri memerangi rasuah.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak perlu berdolak-dalik seperti yang dilakukan sekarang jika kerajaan pimpinannya itu benar-benar bebas daripada unsur rasuah dan salah guna kuasa.

“Sekadar tandatangan, apa yang Guan Eng takutkan. Jika kita lihat tindakannya sekarang yang beri pelbagai alasan untuk tidak tandatangani IBR seperti ada sesuatu yang ingin diselin­dungkan.

“Prinsip Cekap, Amanah dan Telus (CAT) yang dibanggakan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang hanya retorik politik Guan Eng, CAT sudah menjadi seperti ku­cing kurap di sana,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Tunku Aziz, prinsip CAT yang kononnya diamalkan oleh DAP itu hanya wujud sebelum Guan Eng berkuasa di Pulau Pinang.

“Selepas Guan Eng menjadi Ketua Menteri CAT terus hilang dan Guan Eng sendiri yang menghapuskan prinsip tersebut,” ujarnya.

Dalam pada itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee turut hairan dengan keengganan Guan Eng menandatangani IBR itu yang disifatkan sebagai ikrar yang terlalu mudah untuk diamalkan oleh sesebuah kerajaan yang mengamalkan pentadbiran yang telus.

Malah katanya, jika prinsip CAT diamalkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang, sudah tentu tidak sukar untuk Guan Eng turut serta dengan SPRM dalam memerangi rasuah.

“Tetapi persoalan sekarang adakah prinsip CAT ini benar-benar wujud di Pulau Pinang, bagi saya ia hanya tinggal nama sahaja,” katanya.

DAP Berdolak-dalik Enggan Tandatangani Ikrar Bebas Rasuah


Demikianlah Artikel DAP BERDOLAK-DALIK ENGGAN TANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH

Sekianlah artikel DAP BERDOLAK-DALIK ENGGAN TANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DAP BERDOLAK-DALIK ENGGAN TANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/dap-berdolak-dalik-enggan-tandatangani.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :