link : Ex terlanjur dengan lelaki lain, tapi lelaki ini pula terpaksa minta maaf kerana jadi punca ex nya terlanjur
Ex terlanjur dengan lelaki lain, tapi lelaki ini pula terpaksa minta maaf kerana jadi punca ex nya terlanjur
Assalamuaikum min.. mohon siarkan crita sy…mohon hide nme acc ni.. ni acc khas untk pedajal member..😁
Ex terlanjur dengan lelaki lain, tapi lelaki ini pula terpaksa minta maaf kerana jadi punca ex nya terlanjur
Cerita aku bermula 6 tahun yang lepas. Aku ada berkenalan perempuan yang sangat istimewa bagi aku. Masa tu kami sama2 kerja part time disebuah pasar raya. Mula-mula aku tengok dia, aku dah rasa lain. Dalam 2 Minggu selepas tu. aku beranikan diri ajak dia keluar rehat sekali. kebetulan time rehat dia sama dengan aku..
Dan pada saat itu la aku dengan dia semakin rapat. Dan aku luahkan apa yang aku pendam. Dan dia pun luahkan perasaan dia dekat aku. Perhh!aku rasa aku la orang paling bahagia. Dan bermula kisah cinta kami. Dalam tempoh kami bercinta, aku kenalkan dia dekat family aku. Dan dia pun kenalkan aku dengan Family dia. Indah sangat saat tu..
Dan selepas masing2 sambung belajar. Dulu hari2 dapat jumpa depan mata,tapi selepas dah start blajar sebulan 1@2 kali je jumpa. tu pun jumpa dekat rumah aku atau rumah dia. jarang sangat pergi keluar. sebab aku bukan jenis angkut anak orang pergi sana sini..
Dua tahun je hubungan aku dengan dia. kami putus sebab dia curang, kali pertama dia kantoi msg sweet2 ayat2 cinta. bila aku soal dia mengaku dia bercinta dengan laki itu. tapi dia bagi alasan sebab dia terpaksa, sebab kisian dekat mamat tu sunyi.(Macam gampang alasan) tapi aku ni bukan cepat emo. aku suruh dia fikir baik2 apa kesilapan dia..dan ubah apa yang patut. Lepas kejadian tu dia mntak maaf dan aku terima maaf dari dia. Aku pernah cakap, lepas ni kalau terjadi lagi. lebih baik pilih haluan masing2. dia pun setuju
Satu bulan kemudian dia buat hal lagi. luka sebelum ni aku belum pulih,ada pulak masalah timbul.. korang rasa apa? takkan mudah aku nak trima apa yang dia buat.. dia merayu maafkan kesilapan yang dia buat..Sebab cinta,aku maafkan lagi kesilapan dia. cinta dia memang ada,tapi kesilapan dia slalu bermain dalam kepala aku..
Dan masa aku berusaha untuk lupakan apa yang berlaku. satu perkara yang sangat aku kecewa dan sedih. Dia curang lagi.. Kali ni dengan kawan baik aku sendiri.. Kawan dari zaman budak lagi. macam adik beradik. Aku terbaca chat tak senonoh diaorang. kawan aku tau pempuan tu awek aku,awek aku tau laki tu kwan baik aku. perasaan aku sangat kecewa sebab sanggup diaorang buat ni dekat aku. Lepas aku dah tau semua kawan aku jelaskan dengan auta,dia chat sebab nk tanya pasal aku.. nak tanya pasal aku sampai jauh macam tu diaorg chat?! WTF!
Lepas tu aku ambil keputusan maafkan kawan aku dengan awek aku(dah jd ex sejak kejadian ni) Sebab aku fikir, takkan sebab perempuan persahabatan selama ni putus.. tiap kali lepak,aku slalu teringat apa yang dah trjadi.. betapa sakit nya hati aku. tapi aku selalu tahan dan fikir2 positif tentang nasib aku..
Lepas kejadian tu aku lansung tak perduli pujuk rayu ex aku.. tiap hari hantar msg sweet2 aku dngn dia dulu2. Dan tiap malam wish Good Night dekat aku. Aku lansng tak balas. bukan perasaan cinta dan sayang aku dekat dia dah hilang. tapi sejak kejadian tu, aku cuba keraskan hati.. Bukan senang untuk aku jatuh cinta, dan bukan senang aku lupakan cinta.. jujur, walau pun aku tak balas apa2 msg dari dia. tapi stiap malam.aku tunggu msg2 dia..wlau hati aku sakit sebab dia, tapi aku tetap syg dia.. aku ego, xprnah nak balas msg dia,tak prnah bukakkan hati untuk dia lagi masa tu. makin lama makin jarang dia msg aku. dalam 1 mnggu ad 1 kali dia msg wish good night,dan dia cakap,dia tau aku takkan balas msg dia walau apa pun. malam tu aku terbukak hati untuk balas msg dia..dan nasihatkan dia untk berubah dengan sikap dia sebelum ini.
Aku nasihatkan dia, lepas ni cari laki yang betul2 ikhlas nak dekat dia..bukan jenis yg ambil kesempatan.. sebab semasa aku bercinta dengan dia,aku betul2 jaga hubungan dia. aku hormat dia dan aku xprnah sentuh dia..aku cakap kat dia,aku nasihat semua ni sebab aku syg dia,cinta dia. tapi dengan keadaan sekarang,aku tak boleh trima dia balik..perlukan masa sngat panjang.. dan aku pernah cakap jangan risau, kalau ada jodoh kita,kita tetap bersama nanti.. dia cakap akn tnggu aku bila aku dah sedia. kata2 dia buat aku sangat lega.. tapi pada masa tu aku belum sedia lagi. Dan mcm slalu dia buat. xpernah lupa wish good night.dan aku akan balas,tapi bukan slalu.. bila dia tanya dah sedia ke belum aku diam.. dan lama ke lamaan makin jarang dia msg kt aku..aku pun tetap dengn ego aku. Buat2 tak kisah,padahal aku slalu tunggu msg2 dia..
Tiap hari aku rindu dia, tiap hari aku ingat dekat dia. tapi dengan hati aku belum sedia..aku tak pernah cuba untuk tanya khabar dia. kadang2 aku tak faham dngan perasaan aku sendiri, bila dia msg aku xbalas,ego buat2 aku ni xlayan dia.. tapi bila dia diam. aku slalu fikirkan dia.. tapi setiap tahun aku la orang yang pertama wish Birthday dia. wlau pun dia bukan kekasih aku. tapi aku buat ni sebab aku nak dia tahu. Aku slalu ingat tentang dia..dekat 3 tahun. perasaan aku dekat dia tak pernah hilang. dalam masa 3 tahun, macam2 aku cuba lupakan dia. Aku pernah try bukakan hati aku untuk orang lain. tapi aku tak boleh. lagi aku cuba,lagi aku sakitkan hati orang tak bersalah.. aku prnah try brkwn dengan perempuan ni. dan bila dia dah suka aku. aku pun trima dia, dengan harapan aku dapat lupakan ex aku dulu. tapi aku silap, tetap tak boleh lupa. aku putuskan hubungan dengan perempuan tu. aku cakap kat dia,aku lansung takde rasa cinta kat dia. sebab cinta aku masih ada dekat ex aku.. dia terima apa yang aku cakap. sejak dari tu. aku tak pernah terfikir nak cari cinta baru,sebab aku takut akan jadi mcm ni lagi.
Dan hujung tahun lepas. Aku dah rasa sedia untuk rapatkan balik hubungan aku dengan ex aku. Dan bila aku chat dia guna fb.. Aku terus terang dekat dia yang selama ni aku masih cintakan dia.dan aku nak dia jadi orang yang selalu ada dekat aku. Dengan cepat dia balas,kenapa baru sekarang aku cari dia? aku jelaskan apa yang aku rasa selama ni..aku mengaku aku ego,aku tak pernah fikirkan tentang perasaan dia masa tu. Dan dia bagitau sebab aku, dulu dia berubah, dia keluar malam. pergi kluar dengan laki tu laki ni. sebab nak lupakan aku yg xprnah bukakkan hati untk dia.. Dan dia cakap sebab aku dia dah takde apa sekarang ni. aku tanya apa maksud dia. dia bagitau sebab dia nk lupakan aku,dia terlanjur dengan laki dia keluar seblum ni.. Sebak perasaan aku bila dia cakap macam tu.
Aku tanya dia, kenapa perlu sampai macam tu?kenapa perlukan rosak diri sendiri untuk lupakan aku? dia terus cakap ni punca sebab aku.. aku diam. dan aku tanya mana pergi laki yang rosakkan dia. Dia laki tu dapat sentuh dia. laki tu terus hilangkan diri..dia ckap laki yg dia kenal sebelum nk,semua jnis nk ambil kesempatan kecuali aku..perasaan aku masa tu semua ada marah,sedih, bersalah.. aku hanya mampu minta maaf. dan dengan murah nya aku. aku bagitau aku boleh terima dia lagi. biar pun dia tak suci.. sebab aku dtang balik bukan sebab tu..tapi sebab syg aku dekat dkat dia..aku cakap aku takkan pernah kisah soal tu. aku cakap mybe ni balasan untuk aku sebab ego aku terlalu tinggi masa tu..
Tapi dia jawab, dia tak boleh trima aku lagi. aku tanya dia kenape,sebab dah ada orang lain ke? dia ckap tak. tapi dia bg alasan takut aku kecewa lagi dengan dia sebab dah macam2 jadi dekat dia. Aku pujuk pun tetap dia cakap tidak.. memang aku betul2 rasa apa yang dia rasa sebelum ni..bila pujuk rayu tapi tetap dengan jwapan tidak.. sangat kecewa. Tapi aku lega,sebab aku dah luahkan apa yg aku rasa dekat dia sejak bertahun lamanye..dan aku tetap cakap, siapa dia sekarang ni aku takkan pernah kisah tntang masa lalu dia.. dia cakap balik dekat aku.kalau jodoh takkan kemana. doa je semoga aku dengan dia akan bersama.. sejak dari tu aku plak yang slalu wish good night, dlam dua minggu jugak la.. Aku buat keputusan. yang aku takkan chat dia lagi.. aku bagi tau ni wish terakhir dari aku..dia tanya kenapa?aku diamkan je..lepas tu dia bagitau. Semoga Allah lindungin aku untuk dia..sekarang chat pun ucap birthday.. aku rindu kenangan dulu. sampai sekarang. cinta dia dekat aku tak pernah hilang..aku harap syg dia dkat aku masih ada,walaupun hanya sedikit..
Cinta tak semestinya dimiliki. jangan angkuh dengan cinta,jangan ego dengan cinta,kita akan menyesal nanti. klau perlukan masa,jangan terlalu lama, mungkin cinta tu akan hilang selama2nya..
Sumber: KRT
Demikianlah Artikel Ex terlanjur dengan lelaki lain, tapi lelaki ini pula terpaksa minta maaf kerana jadi punca ex nya terlanjur
Anda sekarang membaca artikel Ex terlanjur dengan lelaki lain, tapi lelaki ini pula terpaksa minta maaf kerana jadi punca ex nya terlanjur dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/ex-terlanjur-dengan-lelaki-lain-tapi.html