link : Fattah Amin Nasihatkan Peminat Jangan ‘Over’
Fattah Amin Nasihatkan Peminat Jangan ‘Over’
TIDAK pasal-pasal terkait sama dengan perbalahan antara kumpulan peminat Lofattah dan Fattzura dalam percutiannya, pelakon Fattah Amin,27, menasihatkan mereka agar tidak bertindak melebih-lebih di media sosial.
Mungkin semakin tidak selesa dengan sikap sesetengah peminat yang terlalu obses sehingga sanggup bertikam lidah di laman sosial, bintang drama rantaian Hero Seorang Cinderella (HSC) itu berharap sikap itu dihentikan.
“Saya tak salahkan kelompok itu sebab mereka adalah peminat. Kalau mereka nak berfantasi (mengenai kisah percintaan dirinya), itu hak masing-masing.
“Apabila menyentuh pasal jodoh, saya hanya manusia biasa dan tidak tahu dengan siapa jodoh saya.
“Cuma, peminat jangan terlalu berlebih-lebih sehingga jadi perbalahan… ini tidak elok untuk industri,” katanya kepada BHOnline,
Percakaran antara peminat itu tercetus apabila gambar percutiannya bersama Fazura dan beberapa teman lain di Koh Samui, Thailand dikecam ramai oleh kerana Neelofa juga dikhabarkan memilih destinasi percutian sama.
Dalam perkembangan lain, Fattah memberitahu, dia tidak berhak memilih heroin yang mahu digandingkan.
“Saya tak boleh rancang dengan siapa saya nak bekerja atau digandingkan. Malah, saya tidak boleh ‘demand’ dalam perkara ini kerana semuanya diaturkan pihak produksi dan stesen televisyen (TV).
“Saya seorang pelakon yang hanya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan… selebihnya terpulang kepada peminat.
“Saya lebih suka peminat hargai pelakon kerana bakat, bukan menimbulkan kontroversi,” katanya.-MYNEWSHUB.CC
Loading...
Demikianlah Artikel Fattah Amin Nasihatkan Peminat Jangan ‘Over’
Anda sekarang membaca artikel Fattah Amin Nasihatkan Peminat Jangan ‘Over’ dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/fattah-amin-nasihatkan-peminat-jangan.html