Fiza Halim Kahwin Kali Ketiga

Fiza Halim Kahwin Kali Ketiga - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Fiza Halim Kahwin Kali Ketiga, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Fiza Halim Kahwin Kali Ketiga
link : Fiza Halim Kahwin Kali Ketiga

Baca juga


Fiza Halim Kahwin Kali Ketiga

Fiza Halim Kahwin Kali Ketiga

Fiza bersama suami tercinta. (Gambar: Mohamad Bakar)

Dua perkahwinan terdahulu yang gagal dipertahankan tidak menghalang pelakon yang juga bekas anggota penyanyi kumpulan Elite, Fiza Abdul Halim untuk berkahwin lagi.

Malah selepas menyimpan erat rahsia perkahwinan kali ketiga dengan juruterbang syarikat penerbangan Malindo bernama Aizat Al-Jefri Abdul Kudus sejak Disember tahun lalu, Fiza akhirnya mendedahkan perkara sebenar. Ia sekali gus menjawab persoalan mengenai gerangan lelaki yang di muat naik di Instagram miliknya termasuk ketika berhari raya sama.

Fiza dan Aizat berkahwin pada Disember tahun lalu.

Fiza memilih duda anak dua dan majlis perkahwinan mereka diadakan di kediaman adiknya di Cyberjaya.

“Ya, memang sudah berkahwin dan memang benar itu suami saya,” katanya membuka bicara.

Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim bagaimanapun memohon maaf kerana beberapa hari sebelum itu, dia sibuk menguruskan urusan suami yang menjalani pembedahan tonsil di hospital.

“Maaf ya, saya tak boleh cakap banyak tempoh hari. Alhamdulillah keadaan suami semakin okey,” katanya.

Menjawab persoalan kenapa merahsiakan perkahwinan ketiganya itu, Fiza mempunyai alasan tersendiri.

"Saya bersyukur dan bahagia dengan keputusan ini. Sekalipun menerima pelbagai tohmahan dan cacian sebelum ini, saya pasrah.

Ambil masa untuk berkongsi cerita perkahwinan.

“Bukan berniat merahsiakan daripada semua orang mengenai hal ini tetapi tapi saya lebih suka kalau utamakan keluarga terdekat dan biar Allah saja yang tahu hubungan kami halal.

"Buat apa nak cerita sana sini. Bukan semua orang mahu mendoakan kita yang baik baik. Lebih ramai yang kutuk dan mendoakan yang tidak baik adalah. Jadi kali ini saya ambil keputusan berdiam diri dulu dan biar perlahan lahan orang akan tahu juga nanti," katanya.

Fiza juga berharap dapat melayari perkahwinan ketiga yang dibina itu dengan baik dan berharap ia akan kekal hingga ke jannah.

Mohon semua doakan kebahagiaan.

"Buat semua peminat mohon doakan kebahagiaan kami ini kekal. Harap inilah perkahwinan terakhir sebelum saya menutup mata.

"Kami berdua akan cuba buat yang terbaik untuk perkahwinan kali ini. Kami akan terap sikap saling memahami, bertolak ansur dan yang paling penting bersabar dalam apa jua keadaan.

"Fahami erti hidup dan letakkan Allah dalam hati, insya-Allah semua akan berjalan lancar," katanya.

Perkahwinan ini merupakan perkahwinan ketiga buat Fiza selepas mengalami dua kegagalan.

Menerusi perkahwinan pertamanya dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, dia dikurniakan dua anak, Ferra Aryana Ahmed Farriq, 9, dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq,8.

Semoga ini perkahwinan terakhir dan kekal ke Jannah.

Fiza seterusnya mendirikan rumah tangga dengan penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Adam pada September 2013.

Bagaimanapun perkahwinan ini hanya bertahan selama tujuh bulan sebelum mereka bercerai buat kali pertama.

Fiza dan Adam mengambil keputusan untuk rujuk selepas tiga bulan bercerai, namun setahun kemudian mereka disahkan bercerai buat kali kedua.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Fiza Halim Kahwin Kali Ketiga

Sekianlah artikel Fiza Halim Kahwin Kali Ketiga kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Fiza Halim Kahwin Kali Ketiga dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/fiza-halim-kahwin-kali-ketiga.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :