link : Penyanyi Rock Mus May Koma Di ICU
Penyanyi Rock Mus May Koma Di ICU
PENYANYI rock terkenal Mus May berada dalam keadaan koma dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat demam panas sejak tiga hari lalu.
Menurut isterinya Suraya Bahari, suaminya diletakkan dalam keadaan koma oleh doktor oelh kerana keadaannya terlalu lemah, selain bagi membolehkan keadaannya kemballi stabil.
“Buat masa sekarang Abang Mus masih berada di zon kritikal HKL, sementara menanti untuk dipindahkan ke wad ICU (Unit Rawatan Rapi).
“Doktor sudah menjalankan beberapa ujian bagi mengenal pasti keadaannya dan keputusan hanya akan diketahui esok (Selasa),” katanya kepada MStar Online.
Dalam pada itu, Sue berkata, keadaan Mus atau nama sebenarnya Mustaffa Din, 49, bertambah teruk pada petang Isnin akibat demam berkenaan.
“Abang Mus mengalami demam panas sejak tiga hari lalu dan hari ini (Isnin) keadaannya bertambah lemah sebelum saya menelefon ambulans untuk membawanya ke hospital,” ujarnya.
Ditanya punca Mus mengalami sakit, Sue memberitahu suaminya berada dalam keadaan baik sebelum ini namun mungkin dia jatuh sakit kerana terlalu letih.
“Buat masa ini susah saya hendak cakap tentang keadaan sebenar dan harapannya tiada yang serius,” jelasnya yang mengharapkan doa semua pihak terhadap Mus.-MYNEWSHUB.CC
Loading...
Demikianlah Artikel Penyanyi Rock Mus May Koma Di ICU
Anda sekarang membaca artikel Penyanyi Rock Mus May Koma Di ICU dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/penyanyi-rock-mus-may-koma-di-icu.html