GMM Dihargai Di Peringkat Antarabangsa

GMM Dihargai Di Peringkat Antarabangsa - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul GMM Dihargai Di Peringkat Antarabangsa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : GMM Dihargai Di Peringkat Antarabangsa
link : GMM Dihargai Di Peringkat Antarabangsa

Baca juga


GMM Dihargai Di Peringkat Antarabangsa

KUALA LUMPUR – Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) menafikan dakwaan Penasihat DAP Lim Kit Siang bahawa pertubuhan itu tidak mampu dan gagal menangani isu sejagat seperti Islamophobia dan keganasan.

Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif GMM Datuk Dr Nasharuddin Mat Isa berkata peranan GMM diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila sering dijemput negara luar untuk berkongsi pengalaman.

“Buktinya GMM sering dijemput ke luar negara seperti Perancis, England, negara-negara Asia Tengah, India, Sri Lanka, Maldives, Kyrgyzstan, Filipina dan Indonesia untuk berkongsi pengalaman mengenai beberapa masalah seperti keganasan, Daesh dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan  Bernama News Channel di sini malam tadi.

​Sehubungan itu, tuduhan yang dilemparkan tanpa fakta itu bukan sahaja tidak benar sama sekali  malah dibuat sebagai gimik politik sahaja, katanya.

Semalam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pada sidang Dewan Rakyat turut mempertahankan GMM apabila berkata yayasan itu bukan satu pertubuhan yang gagal dalam menangani masalah Islamophobia.

Timbalan Menteri Luar itu berkata gejala Islamophobia tidak boleh diatasi oleh Malaysia semata-mata kerana ia perlu dilakukan secara bersama oleh negara Islam dan negara bukan Islam.

Reezal Merican berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) yang bertanya sama ada penubuhan GMM itu berkesan dalam menangani Islamophobia.

Nasharuddin berkata sesuai dengan pendekatan sedia ada Malaysia, GMM turut mempromosikan penggunaan pendekatan kesederhanaan bagi menangani isu-isu semasa di peringkat antarabangsa termasuk Islamophobia.

Beliau berkata semua pihak juga harus menerima hakikat bahawa usaha untuk mencari jalan penyelesaian dan menangani sesuatu isu memerlukan masa bagi mendatangkan hasil terbaik. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel GMM Dihargai Di Peringkat Antarabangsa

Sekianlah artikel GMM Dihargai Di Peringkat Antarabangsa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel GMM Dihargai Di Peringkat Antarabangsa dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/gmm-dihargai-di-peringkat-antarabangsa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :