Henti perlakukan wanita sebagai objek - PM Najib

Henti perlakukan wanita sebagai objek - PM Najib - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Henti perlakukan wanita sebagai objek - PM Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Henti perlakukan wanita sebagai objek - PM Najib
link : Henti perlakukan wanita sebagai objek - PM Najib

Baca juga


Henti perlakukan wanita sebagai objek - PM Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua pihak supaya berhenti memperlakukan wanita sebagai objek, sebaliknya menjadi lebih peka terhadap sensitiviti masyarakat.

Perdana Menteri berkata beliau kesal dengan peristiwa membabitkan poster gadis iklan sebuah syarikat minyak yang tular baru-baru ini, walaupun ada yang berniat untuk sekadar berjenaka.

"Tindakan mereka yang terlibat membuat aksi-aksi yang tidak senonoh walaupun terhadap poster, sangat mengecewakan, memalukan dan bertentangan dengan budaya serta peradaban kita," kata Najib menerusi catatan dalam laman rasmi blog beliau, www.najibrazak.com, Sabtu malam.

Perdana Menteri berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia merupakan satu penghinaan dan kurangnya rasa hormat segelintir pihak terhadap kaum wanita.

"Berhentilah memperlakukan wanita sebagai objek. Kita bertanggungjawab untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa untuk kaum wanita yang juga merupakan ibu, isteri, anak atau adik beradik kita.

"Walaupun ada yang berniat untuk sekadar berjenaka, saya mahu kita semua lebih peka terhadap sensitiviti masyarakat.

"Bayangkan jika perlakuan serupa dilakukan terhadap ahli keluarga kita sendiri sama ada anak, ibu, kakak atau pun adik?" kata Najib.

Sehubungan itu, perdana menteri berharap masyarakat kembali berpegang kepada prinsip Rukunegara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

Menurutnya budaya hormat-menghormati merupakan elemen penting untuk setiap manusia terus hidup bersama secara aman dan damai.

"Islam juga mengajar kita untuk menghormati wanita, malah turut meletakkan mereka di kedudukan yang tinggi sebagaimana perkongsian saya yang lepas di http://ift.tt/2t0dONz," kata Najib. - BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Henti perlakukan wanita sebagai objek - PM Najib

Sekianlah artikel Henti perlakukan wanita sebagai objek - PM Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Henti perlakukan wanita sebagai objek - PM Najib dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/henti-perlakukan-wanita-sebagai-objek.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :