link : Gadis dedah hampir kesemua pegawai lelaki jabatannya gila seks dan suka bergurau lucah
Gadis dedah hampir kesemua pegawai lelaki jabatannya gila seks dan suka bergurau lucah
GURAUAN LUCAH DAN GANGGUAN SEKSUAL
Pengalaman pahit aku sewaktu praktikum lebih kurang 4 tahun lalu, hampir kesemua pegawai lelaki di jabatan tersebut suka bercakap dan bergurau lucah.
Bukan aku dan kawan yang menjalani praktikum di situ sahaja yang menjadi tempat berjenaka lucah pakcik-pakcik perverts ni malah kerani dan staf perempuan lain di pejabat pun kena.
Aku pernah mendengar pegawai lelaki bertanya staf perempuan pada bulan Ramadhan, nampak letih saja semalam buat projek kan? Langsung tidak menghormati wanita itu, privasi beliau dan juga suaminya, di bulan puasa pula.
Ya, pegawai gila seks ini orang Melayu Muslim yang solat dan puasa. Bergurau tersentuh, terpegang dan terpeluk staf perempuan juga aku pernah lihat. Ada sekali tu, menyentuh manik pada baju kurung di bahagian dada seorang pegawai Cina dengan mengatakan cantiknya. Memalukan agama.
Majoriti pegawai lelaki di situ lebih tua dari ayah aku. Bayangkan seorang pakcik ini menggunakan pisang goreng sebagai jenaka lucah dengan meletakkan di bahagian kemaluannya sambil ketawa sebelum makan di hadapan aku dan kawan. Jijik!
Pernah juga seorang pegawai yang lain menghantar ke meja aku jeruk mangga yang dibawa oleh seorang makcik kerani. Pegawai itu cuba melucah dengan aku dengan mengatakan buah mangga tersebut sudah kecut kerana kerani itu sudah tua. Aku masih ingat dia cakap, “bukan macam awak punya kan?”
Aku mengamuk dan cakap dengan dia kalau ada orang tua macam encik cakap macam ni dengan anak perempuan, bagaimana ya? Dia langsung tak bercakap dengan aku tapi memang aku kena mark di pejabat lepas tu.
Pegawai-pegawai lelaki di situ mengata aku, “tak suka konon” dan macam-macam lagi tetapi langsung tiada sesiapa membela aku. Itu masalahnya dengan perlakuan dan pemikiran tak senonoh lelaki begini. Tiada sesiapa mahu bersuara dan menegur!
Sebab tu aku menyampah dengan sebilangan lelaki ‘bagus’ yang sudahlah tidak membela wanita malah menyalahkan wanita pula ataupun sibuk mengatakan tak semua lelaki begitu bila ada isu berkaitan. Memanglah tak semua tapi ada dan ramai juga.
Gangguan sebegini mungkin jarang berlaku pada lelaki tetapi sangat ramai perempuan terpaksa menghadapinya cuma tak tulis di Facebook saja. Bila orang suruh hormat wanita mula nak cakap Islam sudah lama mengangkat martabat dan memuliakan wanita. Buktikannya.
Sumber: Nur Hafizah
Demikianlah Artikel Gadis dedah hampir kesemua pegawai lelaki jabatannya gila seks dan suka bergurau lucah
Anda sekarang membaca artikel Gadis dedah hampir kesemua pegawai lelaki jabatannya gila seks dan suka bergurau lucah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/gadis-dedah-hampir-kesemua-pegawai.html