Hujah 3 Wanita ‘Nakal’ Rogol Pastor

Hujah 3 Wanita ‘Nakal’ Rogol Pastor - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hujah 3 Wanita ‘Nakal’ Rogol Pastor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hujah 3 Wanita ‘Nakal’ Rogol Pastor
link : Hujah 3 Wanita ‘Nakal’ Rogol Pastor

Baca juga


Hujah 3 Wanita ‘Nakal’ Rogol Pastor


WANITA yang didakwa merogol pastor di Zimbabwe memberi alasan mahu ‘membetulkan’ lelaki berkenaan yang mendakwa ‘kebal’ daripada godaan serta membuktikan orang alim juga tidak terkecuali daripada godaan seksual.

Tiga wanita, Sandra Ncube, 21, Riamuhetsi Mlauzi, 23, and Mongiwe Mpofu, 25, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Western Commonage di Bulawayo, semalam, bagi tuduhan melakukan serangan tidak bermoral terhadap pastor berkenaan pada 14 Julai lalu.

Daily Mail yang memetik laporan Chronicle (Zimbabwe) melaporkan, menurut pendakwa, pastor di sebuah gereja di Cowdray Park, ke rumah didiami tiga wanita itu bagi mengutip hutang daripada Riamuhetsi.

“Sebaik masuk ke dalam rumah kira-kira 7 petang, seorang daripada wanita itu menangkap pinggangnya dan seorang lagi melucutkan seluar serta merabanya.

“Mereka menariknya ke katil dan Mongiwe kemudian datang membawa kondom. Sandra melakukan seks dengan mangsa tanpa kerelaannya,” katanya.

Ketiga-kita wanita itu menafikan tuduhan merogol namun mengaku melakukan serangan tidak bermoral.

Riamuhetsi berkata, pastor itu yang selalu datang ketika dia mandi, mendakwa ‘imannya’ sebagai lelaki alim, tidak tergugat dengan nafsu.

“Saya mahu membuktikan pastor juga ‘ada perasaan dan nafsu’ seperti orang lain.

“Saya mahu dia sedar dia bukannya istimewa, tidak terkecuali daripada godaan seksual.

“Dia terangsang dengan godaan. Itu saja yang saya mahu lihat,” katanya.

Sandra berkata, dia menganggap kejadian itu sebagai ‘gurauan’ manakala Mongiwe mendakwa hanya memberi kondom selepas diminta dua rakannya.

Pastor itu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan bagi menyediakan laporan untuk mahkamah, manakala ketiga-ketiga wanita terbabit direman sehingga 7 Ogos menunggu perbicaraan penuh. – Agensi/myMetro Online

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Hujah 3 Wanita ‘Nakal’ Rogol Pastor

Sekianlah artikel Hujah 3 Wanita ‘Nakal’ Rogol Pastor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hujah 3 Wanita ‘Nakal’ Rogol Pastor dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/hujah-3-wanita-nakal-rogol-pastor.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :