Imigresen tubuh pasukan elit laksana serbuan berisiko tinggi

Imigresen tubuh pasukan elit laksana serbuan berisiko tinggi - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Imigresen tubuh pasukan elit laksana serbuan berisiko tinggi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Imigresen tubuh pasukan elit laksana serbuan berisiko tinggi
link : Imigresen tubuh pasukan elit laksana serbuan berisiko tinggi

Baca juga


Imigresen tubuh pasukan elit laksana serbuan berisiko tinggi

PORT DICKSON: Jabatan Imigresen Malaysia kini dalam proses menubuhkan pasukan khas yang pada masa ini dikenali sebagai ‘Pasukan Elit’ bagi menangani serbuan berisiko tinggi.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali berkata untuk peringkat awal, sekurang-kurangnya 15 pegawai imigresen akan dipilih menganggotai pasukan itu yang akan dilengkapi latihan berbentuk komando selain dibekalkan senjata api.

“Inilah kumpulan yang kita nak letakkan di barisan depan bagi menghadapi cabaran-cabaran. Cabaran dalam aspek penguatkuasaan undang-undang memang banyak, misalnya apabila kita melakukan serbuan, kita hadapi banyak ancaman kekerasan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan program prapemilihan anggota pasukan itu di Akademi Imigresen di sini pada Rabu.

Seramai 76 pegawai imigresen merangkumi 61 lelaki dan 15 wanita mengikuti latihan tersebut.

Mengulas lanjut, Mustafar berkata mereka akan menerima latihan dalaman selain didedahkan dengan corak latihan pasukan penguat kuasa undang-undang lain termasuk polis.

Kumpulan pertama pasukan ini akan ditempatkan di ibu pejabat imigresen di Putrajaya di bawah Bahagian Perisikan Operasi Khas, katanya.

Namun katanya mereka akan digerakkan ke seluruh negara bagi menangani serbuan berisiko tinggi.

Mustafar berkata pasukan itu akan dikembangkan ke peringkat negeri pada satu masa nanti.

Pada masa ini jabatan itu mempunyai 14,420 anggota di seluruh negara.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Imigresen tubuh pasukan elit laksana serbuan berisiko tinggi

Sekianlah artikel Imigresen tubuh pasukan elit laksana serbuan berisiko tinggi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Imigresen tubuh pasukan elit laksana serbuan berisiko tinggi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/imigresen-tubuh-pasukan-elit-laksana.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :