Jangan Heret Mereka Ke Neraka

Jangan Heret Mereka Ke Neraka - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jangan Heret Mereka Ke Neraka, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jangan Heret Mereka Ke Neraka
link : Jangan Heret Mereka Ke Neraka

Baca juga


Jangan Heret Mereka Ke Neraka

Jangan Heret Mereka Ke Neraka

Assalamualaikum.

Aku tak reti nak panjangkan atau tambah ayat bunga-bunga tentang apa yang ingin aku luahkan ni. Aku straight to the point jelah ye. Before tu aku nak cakap, kaum aku ni aka kaum wanita lebih khusus wanita yang bergelar isteri ni kelakar (sarcasm here). Kekadang rasa malu dengan kaum sendiri.

Kenapa?

Sekarang zaman Facebook dan Instagram (maaf la akak dah tua, akak tahu 2 social networks ni je) banyaklah quotes atau ayat-ayat madah pujangga ataupun nasihat yang di share. Kaum isteri ni suka sangat share atau paling tidak tag suami masing-masing dibahagian komen jika melibatkan hal rumah tangga.

Ok akak bagi contoh

Contoh 1: Suami, pandanglah isterimu waktu dia tidur, fahamilah kepenatannya menguruskan hidupmu, anak-anakmu bla bla bla

Contoh 2: Hargailah isterimu yang telah bersusah payah melahirkan zuriat untukmu bla bla bla

Contoh 3: Nabi berpesan bla bla bla Sunnah nabi bla bla bla

Wow, siap cited Nabi tu

So apa yang kelakar kat sini? Yang kelakarnya kau share itu ini, tag itu ini, tapi, diri kau sendiri macam mana? Kau jaga tak? Elok pulak sekarang musim raya kan, berduyun kaum isteri yang upload gambar memasing posing baju dari butik Minaz, Bella Ammara, tudung Ariani, tudung Ariana, dan apatah lagi jenama tu je yang akak kau ni tahu Hahaha

Posing kemain lagi lentok sana sini.. timbul sana sini upload gambar selfie.. dengan make up tebalnya, bibir merah, buat pula duck face. Tambah pula dengan trend raya tahun ni fashion kepak kebum dan tudung singkat membelit leher menayang dada.. ouch Ya Allah, kadang-kadang akak yang malu sendiri dengan gambar yang kawan-kawan upload. Yelah, kadang-kadang scroll FB or IG ada suami kat sebelah. Hmm

Untuk tujuan apa wahai isteri post gambar sebegitu? Untuk mendapatkan pujiankah? Untuk menunjuk-nunjukkah? Atau apa niat kalian sebenarnya? Pandai kalian menggunakan ayat sunnah Nabi tapi tuntutan Allah dan amalan Nabi tidak pula kalian ikut Tidak pula kalian menjaga diri kalian hanya untuk suami kalian. Tidak pula menutup aurat dengan sempurna. Kalau suami kalian gunakan alasan sunnah Nabi untuk kahwin lagi, tahu pulak korang melenting.

Sedangkan kalian sendiri? Hmm

Isteri, tahukah kamu bahawasanya suamimu menanggung dosa-dosamu itu? Dosa kita kaum isteri berpakaian tidak cukup kain. Dosa kita berpakaian tapi telanjang. Dosa kita menunjuk-nunjuk. Dan apa jua dosa yang kita lakukan.

Ya, sakitnya melahirkan zuriat. Tapi, tak dapat kita bayangkan betapa sakitnya suami kita dipersoal dan diseksa kelak kerana dosa-dosa kita. Kaum isteri ni sikit-sikit ungkit pasal sakit melahirkan. Sikit-sikit ungkit kepenatan bekerja membantu suami. Benar. Sakit, penat dan bermacam lagi. Saya melalui semua itu.

Tapi pernahkah kita fikir atau bayangkan sakit suami kita di akhirat kelak? MasyaAllah, semoga Allah mengampuni kita semua. Kasihanilah suami anda ingatlah, kaum lelaki ramai diheret ke neraka kerana kita, kaum perempuan.

Bagi yang belum berkahwin pula, jagalah dirimu demi ayahmu. Tak perlu nak jaga diri demi tunang ke pakwe kau ke. Dia tak tanggung dosa kau pun tahu tak. Jangan heret ayah kau ke neraka.

Kepada suami pula, tegurlah isterimu. Kenapa kau perlu bangga dengan kecantikan isterimu itu. Simpanlah hanya untukmu. Jangan jadi dayus.

Ya aku pun tidak sempurna. Sedikit demi sedikit aku cuba menjadi lebih baik. Semoga kita semua diampuni Allah, insyaAllah.

Maaf andai ada kesilapan dalam penulisan ini.

Farah

Sumber & Kredit: iiumc

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Jangan Heret Mereka Ke Neraka

Sekianlah artikel Jangan Heret Mereka Ke Neraka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jangan Heret Mereka Ke Neraka dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/jangan-heret-mereka-ke-neraka.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :