link : Nilai Sebuah Persahabatan
Nilai Sebuah Persahabatan
Asalamualaikum
Nama aku Anne, aku kini seorang pelajar universiti. Normal bagi semua orang ada sahabat dari alam belajar sampai lah ke akhir hayat. Disini saya bukan nak bercerita tentang bermakna nya sahabat tapi bertapa kejamnya sebuah persahabatan itu sendiri.
Aku kenal dari masa umur aku 18 sama-sama belajar di sebuah institut pendidikan. Yes kami kawan and boleh dikatakan agak rapat sebab kitaorang sekelas. Everything we share together lah kiranya. Bohonglah kalau cakap x pernah gaduh kan but we just forget it and kitaorang berkawan sampailah ke universiti. Kitaorang stay kolej yg sama n bilik yg sma.
Aku mula nampak sifat dia sejak dia kenal kawan baru. Aku tak kisah actually ikut suka lah life kau kan. But yg buat aku betul-betul terasa when apa yang dia minta tolong aku turutkan je, bukan sebab aku ni bodoh tapi sebab kesiankan kawan kot. Cubalah bayang bila aku dalam susah sepatah habuk pon dia tak tolong aku bukan minta beribu ringgit malaysia pom cuma minta tolong bagitahu classmate aku yang aku tak dapat nk contact apa-apa sebab fon rosak, thats all bukan orang lain kawan borak kitaorang jugak.
Dia punya nampak kesalahan orang lain when our schoolmate ignore , apa yang dia cakap
dulu masa aku jatuh konon datang nak bangkit sama-sama tolong aku, tapi harini dia buat bodoh je, si fulan ni jugak lah yang selalu ada masa aku susah, dalam hati aku ni dah memang ketawa sebab apa, finally kau rasa apa aku rasa selama ni. Betullah pepatah melayu pernah berkata semut di seberang nampak,gajah depan mata tak terlihat pulak
Hello guess what si fulan yang dia maksudkan tu kawan yang dia baru kenal belum sampai 6 bulan, konon dia ada masa susah, masa kau demam pon dia buat bodoh je tau. Aku nampaklah anything yang dia akan cari if dia dalam masalah dan situasi tu sampai harini. Semata-mata suruh aku bersusah sebab nak penuhi kemahuan kau. Aku pun manusia,kau arah aku macam aku ni kuli pak turut kau,aku diam sebab aku tahi bila aku cakap memang ayat yang keluar dari mulut aku macam halilintar. Tiap kali aku nak cakap aku diamkan je.
Maybe nampak kebudak-budakkan but what im trying to say is for once try untuk hargai orang yang selalu untuk kau. Memang tak besar tak sampai tahap bergadai nyawa tapi dia pun manusia ada hati and perasaan. Bukan bola yang kau ambil masa kau suka sepak masa kau dah tak perlukan. Dan apa yang aku belajar is sabar berdepan dengab manusia macam, how cruel she is , just follow the flow and pray to Allah one day she will realise bertapa pentingnya orang yang dia ignore harini. Ni juga sebagai pengajaran untuk aku supaya aku tak lakukan hal yang sama.
Anne
Sumber & Kredit: iiumc
Demikianlah Artikel Nilai Sebuah Persahabatan
Anda sekarang membaca artikel Nilai Sebuah Persahabatan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/nilai-sebuah-persahabatan.html