Jangan Keluar Kenyataan Menghasut

Jangan Keluar Kenyataan Menghasut - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jangan Keluar Kenyataan Menghasut, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jangan Keluar Kenyataan Menghasut
link : Jangan Keluar Kenyataan Menghasut

Baca juga


Jangan Keluar Kenyataan Menghasut

MELAKA – Ketua jurulatih pasukan bola sepak di negara ini diingatkan agar tidak mengeluarkan kenyataan negatif terutamanya berbaur hasutan sekiranya tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata ini kerana beliau percaya kenyataan berkenaan boleh mewujudkan unsur ketidakpercayaan terhadap mutu pengadilan bola sepak di negara ini.

“Sememangnya kita akan ada rasa tidak puas hati dengan mutu pengadilan, tetapi jangan sampai ia merosakkan dan mencemarkan imej bola sepak negara…persepsi negatif ini perlu dihapuskan.

“Kita tidak mahu mutu pengadilan akan menyebabkan timbulnya rasa hilang kepercayaan penyokong-penyokong yang merasa seolah-olah tertipu dengan perlawanan yang kononnya seperti diatur,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata FAM melalui jawatankuasa pengadil turut sentiasa berusaha meningkatkan mutu pengadilan bola sepak agar kesilapan seumpama ini tidak berulang sekali gus mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap sistem pengadilan tersebut.

Sabtu lepas, Ketua Jurulatih Pahang Dollah Salleh melahirkan rasa kecewa dengan mutu pengadilan yang didakwanya berat sebelah ketika Tok Gajah tewas 1-2 kepada Felda United dalam saingan Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang.

Mohd Yusoff berkata usaha ini bagi menghilangkan keraguan orang ramai selain meyakinkan mereka agar Liga Malaysia akan terus dihormati.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United itu berkata secara peribadinya beliau juga tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan pada perlwanan Liga Super antara Melaka United dan PKNS FC baru-baru ini.

“Saya juga atas faktor Melaka United turut tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan yang berlangsung baru-baru ini ketika menentang pasukan PKNS. Saya dimaklumkan pengerusi jawatankuasa pengadil bahawa keputusan penalti dan kad merah kepada pemain Melaka United itu salah,” katanya.

Beliau berkata apabila sesuatu rasa tidak puas hati timbul, seharusnya pihak ketua jurulatih melalui persatuan perlu menghantar surat bantahan rasmi kepada jawatankuasa pengadil berserta bukti seperti video perlawanan.

“Saya difahamkan pengerusi jawatankuasa pengadil belum menerima surat rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Pahang dan kenyataan yang dikeluarkan Dollah barangkali bersifat peribadi dan bukan secara rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Pahang,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Yusoff berkata pihaknya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim di atas 100 hari pentadbirannya sebagai Presiden FAM.

“Jawatankuasa FAM sentiasa menaruh sepenuh kepercayaan dan berdiri teguh di belakang tuanku untuk melakukan apa jua perubahan dalam bola sepak negara agar ia dapat ke satu tahap yg lebih baik dari sebelumnya,” katanya.

– BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Jangan Keluar Kenyataan Menghasut

Sekianlah artikel Jangan Keluar Kenyataan Menghasut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jangan Keluar Kenyataan Menghasut dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/jangan-keluar-kenyataan-menghasut.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :