Vokalis Paramore Cerai Selepas Setahun Berkahwin

Vokalis Paramore Cerai Selepas Setahun Berkahwin - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Vokalis Paramore Cerai Selepas Setahun Berkahwin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Vokalis Paramore Cerai Selepas Setahun Berkahwin
link : Vokalis Paramore Cerai Selepas Setahun Berkahwin

Baca juga


Vokalis Paramore Cerai Selepas Setahun Berkahwin

VOKALIS kumpulan rock popular Paramore, Hayley Williams dan suaminya telah bercerai setelah setahun lebih melangsungkan perkahwinan.

Hayley dan suaminya, Chad Gilbert yang juga merupakan gitaris kumpulan New Found Glory, telah berkahwin pada Februari 2016.

Kedua-duanya menggunakan platform Instagram masing-masing bagi mengumumkan berita perpisahan itu.

“Terlalu banyak yang perlu dilalui oleh kami untuk mencapai tahap sehinggalah pengumuman ini ditulis. Terdapat terlalu banyak kisah suka dan duka yang berlaku di sebalik kenyataan hitam putih ini.

“Walaupun kami telah bersama selama 10 tahun yang menakjubkan, namun kami mengambil keputusan untuk berpisah,” tulis Hayley,28 dan Chad, 36.

“Perkahwinan bukanlah untuk mereka yang ‘lemah semangat’. Dan ianya bergantung kepada kami untuk kekal berharap meskipun hasilnya tidak seperti apa yang kami mahukan,” sambung kenyataan rasmi itu lagi.

“Kami mahu mengumumkan secara rasmi– secara terus-terang dan hanya pada masa ini sahaja– bahawa kami akan berpisah. Kami juga merasakan ianya penting untuk memberitahu semua bahawa kami baik-baik sahaja dan masih berkawan baik.”

Dalam pengumuman panjang lebar itu juga, mereka berterima kasih kepada para peminat kerana tidak putus-putus memberi sokongan kepada mereka dan juga kepada keluarga dan sahabat handai yang sentiasa berada bersama mereka.

Hayley dan Chad bertunang pada malam Tahun Baru 2014 sebelum berkahwin dua tahun selepas itu. Hubungan cinta mereka menjadi inspirasi di sebalik senikata lagu hit Paramore, Still Into You.-MYNEWSHUB.CC

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Vokalis Paramore Cerai Selepas Setahun Berkahwin

Sekianlah artikel Vokalis Paramore Cerai Selepas Setahun Berkahwin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Vokalis Paramore Cerai Selepas Setahun Berkahwin dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/vokalis-paramore-cerai-selepas-setahun.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :