KAFA lantik Afandi sebagai pengurus baharu Kelantan

KAFA lantik Afandi sebagai pengurus baharu Kelantan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KAFA lantik Afandi sebagai pengurus baharu Kelantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KAFA lantik Afandi sebagai pengurus baharu Kelantan
link : KAFA lantik Afandi sebagai pengurus baharu Kelantan

Baca juga


KAFA lantik Afandi sebagai pengurus baharu Kelantan

KOTA BAHRU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) hari ini melakukan rombakan ke atas pengurusan The Red Warriors dengan melantik Pemangku Presiden Datuk Seri Afandi Hamzah sebagai pengurus pasukan.

Setiausaha Agung KAFA Datuk Ismail Md Noor berkata Alfredo Gonzales yang memegang jawatan itu sebelum ini kembali memegang jawatan pengarah teknikal.

Beliau berkata Datuk Nasir Hamzah dan Zahasmi Ismail masing-masing kekal sebagai penolong pengurus dan ketua jurulatih.

"Susulan pertukaran Gonzales sebagai pengarah teknikal, Zahasmi kini diberikan kuasa penuh untuk menjalankan latihan dan menyusun strategi pasukan.

"Rombakan dilakukan selepas The Red Warriors mengalami kemerosotan prestasi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kelantan kini berada pada kedudukan kelapan Liga Super selepas mengharungi 16 perlawanan dengan merekodkan enam kemenangan, dua seri dan lapan kekalahan.

Bagi aksi Piala Malaysia, ia berada di kedudukan ketiga Kumpulan C di belakang Kedah dan Melaka United daripada tiga perlawanan dengan dua kemenangan dan satu kekalahan.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel KAFA lantik Afandi sebagai pengurus baharu Kelantan

Sekianlah artikel KAFA lantik Afandi sebagai pengurus baharu Kelantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KAFA lantik Afandi sebagai pengurus baharu Kelantan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/kafa-lantik-afandi-sebagai-pengurus.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :