Tebus guna tapak kumbahan: 500,000 unit rumah SPNB mampu dibina

Tebus guna tapak kumbahan: 500,000 unit rumah SPNB mampu dibina - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tebus guna tapak kumbahan: 500,000 unit rumah SPNB mampu dibina, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tebus guna tapak kumbahan: 500,000 unit rumah SPNB mampu dibina
link : Tebus guna tapak kumbahan: 500,000 unit rumah SPNB mampu dibina

Baca juga


Tebus guna tapak kumbahan: 500,000 unit rumah SPNB mampu dibina

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyasarkan pembinaan 500,000 unit rumah melalui teknologi baharu Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dalam lima hingga 10 tahun akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, angka itu mampu dicapai menerusi kerjasama pintar antara SPNB dengan sebuah syarikat swasta.

Katanya, kerjasama pintar itu antara lain membolehkan SPNB memajukan kawasan perumahan secara menebus guna tapak kawasan kumbahan milik Indah Water Konsortium Sdn Bhd.

"SPNB juga menjalin kerjasama pintar dengan sebuah syarikat untuk membina rumah-rumah di kawasan kumbahan yang dulunya di bawah IWK untuk dijadikan kawasan perumahan awam.

"Jika program ini dijalankan sepenuhnya dalam sekurang-kurangnya lima hingga 10 tahun akan datang, kira-kira 500,000 unit rumah akan dapat dibina di lokasi-lokasi yang lebih strategik," katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Ulang Tahun ke-20 SPNB dan Sambutan Hari Raya Aidilfitiri di Menara Felda di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perumahan  berkata, kerjasama pintar tersebut telah mendapat kelulusan dasar daripada jemaah menteri.

"Kerjasama pintar antara SPNB dengan syarikat ini telah mendapat kelulusan dasar daripada jemaah menteri dan ia sedang diperincikan untuk mendapat kelulusan yang dimuktamadkan.

"Apa yang saya lontarkan ini adalah idea kreatif di mana kawasan kumbahan yang dulunya memakan satu kawasan yang besar telah menggunakan teknologi baru dengan memperkecilkan kawasan itu yang mungkin kira-kira lima hingga 10 peratus kawasan awal manakala selebihnya 90 hingga 95 peratus untuk kegunaan perumahan awam tanpa berkompromi tentang kumbahan-kumbahan berkenaan," jelas Ahmad Zahid.

Ujar beliau, menerusi teknologi tersebut syarikat konsesi yang dilantik akan membiayai pembinaan kawasan kumbahan yang lebih kecil tanpa mengabaikan tahap keberkesanannya.

Inisiatif itu selaras dengan tiga fokus utama kerajaan iaitu meliputi menangani kos sara hidup, kos pengangkutan dan kos perumahan.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tebus guna tapak kumbahan: 500,000 unit rumah SPNB mampu dibina

Sekianlah artikel Tebus guna tapak kumbahan: 500,000 unit rumah SPNB mampu dibina kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tebus guna tapak kumbahan: 500,000 unit rumah SPNB mampu dibina dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/tebus-guna-tapak-kumbahan-500000-unit.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :