Karyawan Beri Tumpuan Bangunkan Industri Kreatif

Karyawan Beri Tumpuan Bangunkan Industri Kreatif - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Karyawan Beri Tumpuan Bangunkan Industri Kreatif, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Karyawan Beri Tumpuan Bangunkan Industri Kreatif
link : Karyawan Beri Tumpuan Bangunkan Industri Kreatif

Baca juga


Karyawan Beri Tumpuan Bangunkan Industri Kreatif

 Persatuan Karyawan telah diberi mandat oleh ahlinya untuk menerajui industri kreatif tempatan agar ia lebih efektif dari pelbagai aspek dalam masa tiga tahun akan datang.

Justeru, Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata, pihaknya berazam untuk mengambil serius masalah yang membelenggu industri kreatif tempatan selain melakukan beberapa langkah yang efektif untuk menangani setiap masalah dalam masa terdekat ini.

“Perkara pertama yang akan kami lakukan ialah memperkukuhkan perwakilan dalam bidang perfileman, televisyen dan penerbitan video di mana kami kini telah mengenalpasti beberapa wakil dalam setiap bidang perfileman yang boleh membantu.

“Selain pelakon, Karyawan juga di anggotai oleh pekerja belakang tabir seperti pengarah, pengarah fotogafi, penata lampu, juru audio dan lain-lain bidang kepakaran dalam industri perfileman dan televisyen,” katanya .

Tambahnya lagi, banyak aduan telah di ketengahkan sebelum ini terutamanya isu-isu yang dalam bidang penerbitan filem dan televisyen, namun tiada sebarang penyelesaian untuk memperbaiki keadaan.

Katanya, sebagai langkah awal, Karyawan akan bersama wakil dalam bidang terlibat akan mengenalpasti langkah-langkah yang harus di ambil untuk mengatasi setiap masalah yang dihadapi.

“Di sini, barisan kepimpinan juga akan mengambil tindakan bagi mencapai penyelesaian masalah royalti muzik yang telah menjadi duri dalam daging industri muzik selama 17 tahun lamanya.

“Kami percaya, isu yang berlarutan ini mengancam prestasi pendapatan industri muzik, yang juga turut digugat dengan kemerosotan penjualan album dalam tahun-tahun kebelakangan ini,” katanya kecewa.

Demi tujuan ini, Karyawan sekali lagi bercadang menghimpunkan semua penyanyi dan pemuzik utama dalam bidang rakaman muzik untuk menekan pihak-pihak tertentu agar akur dengan cadangan yang dibawa oleh pemain industri sekali gus melaksanakan langkah-langkah yang boleh membawa penyelesaian masalah tersebut.

Pada masa yang sama kata Freddie,  pihaknya juga akan meneruskan aktiviti kebajikan dan pembangunan bakat-bakat baru dalam industri.

“Aktiviti seperti KL XTravaganza dan KL Street Jam akan di teruskan dan kami bercadang mempelbagaikan aktiviti-aktiviti yang akan  melibatkan keseluruhan penggiat seni dalam setiap aktiviti yang dianjurkan.

“Karyawan terus beriltizam untuk berusaha sebaik mungkin dalam menyelesaikan sebarang perkara berbangkit serta terus memajukan industri seni tempatan dari masa ke semasa,” katanya.

Kata sepakat itu dicapai dalam Mesyuarat Agung Tahunan Karyawan ke-18  baru-baru ini.

Berikut adalah senarai ahli jawatankuasa Karyawan:-

Presiden: Datuk Freddie Fernandez

Timbalan Presiden: Radhi Khalid

Setiausaha: Datin Paduka Julie Sudiro

Bendahari: Kamaluddin Mohd Kasim

Ahli Jawatankuasa

Helmi Gimik

Ezani Nizariff

Deen Maideen

Rozita Rohaizad

Imuda

Salwa Abdul Rahman

The post Karyawan Beri Tumpuan Bangunkan Industri Kreatif appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Karyawan Beri Tumpuan Bangunkan Industri Kreatif

Sekianlah artikel Karyawan Beri Tumpuan Bangunkan Industri Kreatif kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Karyawan Beri Tumpuan Bangunkan Industri Kreatif dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/karyawan-beri-tumpuan-bangunkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :