Kebakaran Stor Simpan Barang Masih Disiasat

Kebakaran Stor Simpan Barang Masih Disiasat - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kebakaran Stor Simpan Barang Masih Disiasat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kebakaran Stor Simpan Barang Masih Disiasat
link : Kebakaran Stor Simpan Barang Masih Disiasat

Baca juga


Kebakaran Stor Simpan Barang Masih Disiasat

JOHOR BAHRU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor sedang menjalankan siasatan bagi mengena pasti punca kebakaran stor penyimpanan barangan kitar semula di Kawasan Perindustrian Saleng di Senai, petang semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Mohd Rizal Buang berkata laporan siasatan dijangka siap dalam tempoh lebih kurang dua minggu. “Setakat ini siasatan mendapati kesemua lapan blok di kawasan berkenaan tidak mempunyai lesen perniagaan, jadi, ia tidak mempunyai sebarang unsur-unsur kawalan keselamatan seperti pemadam api, langkah keselamatan kebakaran dan pili air,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata kebakaran tersebut berjaya dipadam sepenuhnya pada 4 pagi tadi selepas anggota bomba berusaha selama 11 jam mengawal kebakaran.

Beliau berkata pihaknya turut mendapat kerjasama daripada anggota forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) berikutan penemuan bahan-bahan mercun yang juga terbakar dalam kejadian itu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kulai Supt Razak Md Said berkata sehingga kini, belum ada pihak yang tampil memberikan keterangan atau mengaku sebagai pemilik kilang berkenaan.

“Kita sedang menunggu laporan daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) bagi mengenal pasti status tanah dan bangunan kilang itu,” katanya.

– BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kebakaran Stor Simpan Barang Masih Disiasat

Sekianlah artikel Kebakaran Stor Simpan Barang Masih Disiasat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kebakaran Stor Simpan Barang Masih Disiasat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/kebakaran-stor-simpan-barang-masih.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :