Kelantan punyai prerogatif lulus RUU Enakmen Tatacara Jenayah Syariah

Kelantan punyai prerogatif lulus RUU Enakmen Tatacara Jenayah Syariah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kelantan punyai prerogatif lulus RUU Enakmen Tatacara Jenayah Syariah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kelantan punyai prerogatif lulus RUU Enakmen Tatacara Jenayah Syariah
link : Kelantan punyai prerogatif lulus RUU Enakmen Tatacara Jenayah Syariah

Baca juga


Kelantan punyai prerogatif lulus RUU Enakmen Tatacara Jenayah Syariah

KOTA TINGGI: Kerajaan Kelantan mempunyai prerogatif meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) dan melaksakannya di negeri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kuasa tersebut adalah di bawah kerajaan negeri selepas mendapat kelulusan Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Perkara ini adalah prerogatif kerajaan negeri. Jika anggota-anggota DUN Kelantan meluluskan usul tersebut maka ia terpakai di negeri tersebut.

"Terpulang pada negeri masing-masing apa yang dibawa dan dibahas di DUN masing-masing," katanya mengulas Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang diluluskan dalam sidang DUN Kelantan semalam.

Pindaan tersebut akan membolehkan hukuman sebat terhadap pesalah dijalankan di khalayak ramai dan perkara lain yang terkandung dalam enakmen tersebut ialah memperuntukkan kuasa kepada pegawai penguat kuasa agama menggunakan gari ke atas suspek selain membenarkan video digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan.

Enakmen itu merupakan sebahagian daripada persiapan Kerajaan Pas Kelantan untukmelaksanakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) jika ia diluluskan di Parlimen.

Azalina yang juga Anggota Parlimen Pengerang berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) di Dataran Tasek Bandar Penawar di sini hari ini.

Sementara itu, beliau gembira sambutan memberangsangkan masyarakat Felda pada majlis rumah terbuka berkenaan sekali gus jelas menunjukkan penduduk tanah rancangan di negeri ini positif dengan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, apa yang diharapkan sokongan berkenaan akan berterusan diberikan kepada kerajaan BN sehingga selepas pilihan raya umum nanti.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kelantan punyai prerogatif lulus RUU Enakmen Tatacara Jenayah Syariah

Sekianlah artikel Kelantan punyai prerogatif lulus RUU Enakmen Tatacara Jenayah Syariah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kelantan punyai prerogatif lulus RUU Enakmen Tatacara Jenayah Syariah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/kelantan-punyai-prerogatif-lulus-ruu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :