Kenapa kena jemput Guan Eng tandatangani IBR? - KP SPRM

Kenapa kena jemput Guan Eng tandatangani IBR? - KP SPRM - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapa kena jemput Guan Eng tandatangani IBR? - KP SPRM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenapa kena jemput Guan Eng tandatangani IBR? - KP SPRM
link : Kenapa kena jemput Guan Eng tandatangani IBR? - KP SPRM

Baca juga


Kenapa kena jemput Guan Eng tandatangani IBR? - KP SPRM

KUALA LUMPUR: Tidak timbul keperluan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghubungi Lim Guan Eng untuk menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Sebaliknya kata Ketua Pesuruhjayanya Datuk Dzulkifli Ahmad, semua negeri termasuk Pulau Pinang seharusnya secara sukarela menandatangani ikrar itu tanpa sebarang paksaan.

Jelasnya, IBR bukan hanya tinggal ikrar sahaja dan mesti diikuti dengan tindakan-tindakan konkrit untuk banteras rasuah.

"Saya hendak nyatakan di sini tidak ada satu negeri pun yang kita hantar surat untuk minta (tandatangan), tidak ada. Kesemua negeri ini menjalankan Ikrar Bebas Rasuah dengan sukarela.

"Mereka menghubungi pihak SPRM sama ada di peringkat negeri, kerana di peringkat negeri kita ada pejabat-pejabat SPRM untuk mengadakan Ikrar Bebas Rasuah. Saya tidak tahu Lim Guan Eng kata kena jemput pula. Ini saya tidak pastilah. Negeri-negeri lain tidak ada pula, kenapa Pulau Pinang pula kena jemput?

"Hebat betul Pulau Pinang ini. Jadi saya pun hairan, dia hendak buat atau tidak, saya pun senang sahaja saya cakap, terpulang pada pimpinan negeri Pulau Pinang,” katanya.

BACA: Lim Guan Eng nafi P. Pinang enggan tanda tangan IBR

BACA: Pulau Pinang, Selangor, Kelantan belum cukup komited - SPRM

Dzulkifli berkata demikian ketika Majlis menandatangani IBR Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini hari ini.

Ikrar yang diinisiatifkan SPRM itu ditandatangani di Pusat Latihan Polis (Pulapol) dan disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Sebelum ini, Guan Eng menafikan kerajaan DAP Pulau Pinang enggan menandatangani IBR.

Sebaliknya, dia berkata pihak SPRM tidak pernah menghubungi kerajaan negeri untuk berbuat demikian.

Pada 12 Julai lepas juga, kerajaan Pulau Pinang menyifatkan prinsip cekap, akauntabiliti dan telus (cat) yang dilaksanakan di negeri itu sejak 2008 lebih berkesan dalam usaha membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa berbanding menandatangani IBR.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, IBR merupakan komitmen berterusan PDRM untuk menjauhi amalan rasuah dalam kalangan anggota polis dan masa sama tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap kakitangan PDRM yang melakukan rasuah.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kenapa kena jemput Guan Eng tandatangani IBR? - KP SPRM

Sekianlah artikel Kenapa kena jemput Guan Eng tandatangani IBR? - KP SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenapa kena jemput Guan Eng tandatangani IBR? - KP SPRM dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/kenapa-kena-jemput-guan-eng.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :