link : Kerna Bahasa
Kerna Bahasa
As salam. Rasanya menarik baca pasal Dikasari Kerana Berbahasa Inggeris, dan tergerak untuk membalas dan mengulas apa yang diutarakan. Jangan kecam, sebab ini pendapat pribadi. Mungkin anda setuju, mungkin anda ada pandangan lain. Harap anda boleh menghormati dan cuba memahami andai ada perbezaan pendapat dan pandangan.
Saya mulakan dengan bersetuju. Apa yang saya setuju
1) Biarkan orang melayu berbicara dalam bahasa asing. Pelajari bahasa lain. Bahasa, kalau ikut pandangan saya, tetap ilmu yang bermanfaat. Orang Islam dulu pun belajar bahasa lain sebelum menterjemah kitab-kitab ilmu dalam bahasa lain ke dalam bahasa Arab. Ada kalangan sahabat yang boleh berbahasa selain dari Arab, dan Nabi sendiri tidak melarang. Jadi galakkan orang kita untuk mempelajari bahasa orang lain.
2) Amat menarik bila idea bahasa jiwa, ilmu dan komunikasi diketengahkan. Saya setuju, SEBAB kenapa kita gunakan bahasa tersebut penting pada saya.
Contoh, Ah Chong boleh berbahasa Melayu,Mandarin dan Inggeris. Kalau tengah bercakap dengan Aini, adalah tidak wajar, tidak lojik untuk menggunakan bahasa Mandarin (bahasa jiwa) sebab Aini bukan faham Mandarin pun. Paling-paling dia tahu, wo ai ni. Ertinya, saya Aini (wkwkwk). Jadi, Ah Chong pun guna bahasa samada Melayu atau Inggeris (bahasa komunikasi). Dalam situasi ini, kita faham SEBAB Ah Chong guna bahasa lain, kita faham, lojik. Tapi kalau contoh, Aznil ingin bernikah dengan Salmah. Dalam majlis nikah, guna bahasa Inggeris. Bapak Salmah kata, I married you to my daughter, Salmah binti Bapak Salmah with the gold marriage (mas kahwin laaaaa) Ringgit Malaysia 200, CASH. Aznil pun jawap ringkas,I accept. Saksi-saksi jawap, Ohhh dok sah. Ambo dok pehe mu kecek gapo. Dalam situasi ini, apa sebab penggunaan bahasa Inggeris? Nota sengaja guna contoh yang melebih-lebih.
Jadi, bagi saya penting untuk tengok sebab bahasa tersebut digunakan.
Bahagian ke2, ulasan. Ikut situasi saudari tadi, saya pun kurang pasti apa sebab lelaki 2 orang tadi marah. Adakah saudari memang 100% speaking London atau cuma 1 ayat tu saja yang terkeluar tidak disengajakan? Apapun, saya rasa itu cuma cara kita berbahasa sekarang, dicampur aduk antara Melayu dan Inggeris dalam bahasa seharian. Jadi, saya lebih bersetuju bahawa lelaki-lelaki tadi termasuk dalam golongan kaum yang pantang mendengar orang Melayu berbahasa Inggeris tanpa sebab munasabah.
Saya mengakui, saya termasuk juga dalam golongan yang macam ada alahan sedikit bila terdengar orang lain berbahasa Inggeris. Tapi saya gunakan akal dan fikiran untuk fikir, apa sebab bahasa tersebut digunakan? Contoh situasi-situasi yang biasa saya jumpa yang bisa bikin saya hilang akal (ya, saya juga bisa bicara kaya superstar sinetron)
1) Saya ada seorang kenalan, letaklah nama sebagai Kutu. Rumah Kutu memang jaraknya dari rumah saya tidak sampai sejam perjalanan menaiki kereta, jadi bahasa kami memang SAMA. Kalau ikut kata ayah, dituang, disalin. Maksudnya (kalau masih tidak faham), memang sebijik. Bila sudah lama bergaul dengan kawan-kawan dari seluruh Malaysia, si Kutu ni pun hilang bahasa asli. Ada 1 hari tu, saya tanya mana kawan yang lain. Dia jawap, Kat bawah kottttt. Panjang kottttnya.
2) Sepupu saya juga ada penyakit yang sama. Dulu elok bahasa ibunda digunakan di rumah. Tapi bila dihantar untuk belajar di negeri S, bila balik rumah, cakap bahasa S. Dihantar sekali lagi untuk melanjutkan pembelajaran di negeri P, balik rumah cakap bahasa P. Saya faham kalau sekali-sekala tersasul. Tapi kalau sampai lupa bahasa, lupa identiti, apa kes?
3) Ada orang kampung saya, dihantar untuk belajar di KL. Baru 2 bulan di sana, bila balik rumah, ye ye ye.. Mende korang ni.. Poyo Penyakit ini, selalunya orang Sabah Sarawak yang ada. Sebelum orang Borneo kecam saya keluarkan kenyataan ini tanpa bukti, aku pun orang Borneo. Aku nampak sendiri. Jadi iboh kitak marah, sia ckp apa sia nmpk sja.
Saya bukan anti-belajar-bahasa-Inggeris. Saya anti-menunjuk-nunjuk, anti-ikut-trend-tanpa-sebab, anti-lupa-identiti-diri. Hadapilah hakikat, orang kita mudah terikut-ikut dengan trend yang nampak hebat. Contoh lain, budaya Kpop. Saya tahu, contoh ini sudah terkeluar sedikit dari skop bahasa. Tapi saya rasa Kpop merupakan contoh yang sangat jelas untuk tunjuk orang Malaysia mudah terikut-ikut. Orang kita bukan faham bahasa Korea, apa artis sana nyanyikan, kita bukan faham pun. Tapi amboiiiiii. Kita suka Kpop atas sebab-sebab yang sangat superficial; artis hensem/lawa, gaya hidup nampak mewah, muzik sedap, artishensem/lawa. Tapi lirik? Kalau ada 100 peminat Kpop di Malaysia, sekurang-kurangnya 80 orang tak faham apa maksud lirik tu. Nota saya harap anda nampak saya ulang sebab artis hensem/lawa 2 kali. Sebab saya tak pernah lagi tengok orang Melayu simpan gambar artis Korea yang dah kerepot.
Saya juga sejujurnya risau ke mana arah tuju bahasa kita. Dulu di sekolah menengah, dalam kelas seramai lebih kurang 25 orang, hanya saya seorang yang tahu apa erti tongkang. Bila sebut bahasa Inggeris, semua tahu tapi bahasa Melayu, saya seorang saja yang tahu. Kawan-kawan yang sama berbincang, kalau kita tidurkan baby, apa perkataan yang sesuai bahasa Melayu yang betul? Semua setuju ayat yang betul bunyinya macam ni Saya meniduri bayi itu. Uiiiii, saya diam ja, sebab nasib ada cikgu untuk membetulkan. Para pembaca, suka saya jelaskan di sini, kalau kita meniduri baby, sebutan baby WAJIB disebut dengan manja dan baby tu berkemungkinan besar dah baligh sekurang-kurangnya 10 tahun lepas. Dah besar pun baby. Malahan baby ini mempunyai potensi untuk menghasilkan baby yang selayaknya digelar baby.
Situasi lain untuk kita nilai kemunduran bahasa Melayu, perhatikan lirik-lirik lagu kita sekarang. Tiada kiasan, tiada bunga. Kalau kita perhatikan penulis lirik yang bermutu tinggi sekarang hanya tinggal berapa kerat. Teringat akan lagu M Nasir, berjudul Suatu Masa. Indah liriknya. Permulaan lagu dimulakan dengan ayat Bagaimana kan ku mula. Perghhh Bermula dengan bertanya bagaimana untuk bermula.
Apa saya nak cakap, bersederhana. Jangan asal dengar orang berbahasa Inggeris, kita terus marah. Jangan juga sebab kononnya mengejar ilmu, lupa akan identiti diri. Maafkan kesalahan nahu dan tatabahasa, saya sendiri masih belajar. Akhir kata, saya akhiri dengan lirik lagu Jamrud Asal British.
ya terang aja seleramu berubah
mungkin terlalu banyak gaul ama turis
jadi hobbynya denger yang inggris-inggris
biar bingung asal british
B Samad Said
Sumber & Kredit: iiumc
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Kerna Bahasa
Anda sekarang membaca artikel Kerna Bahasa dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/kerna-bahasa.html