Kes Pukul Anggota Polis di Nilai 3 Ketika Jual Beli Karpet: 8 Lelaki Pakistan Ditahan Polis

Kes Pukul Anggota Polis di Nilai 3 Ketika Jual Beli Karpet: 8 Lelaki Pakistan Ditahan Polis - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kes Pukul Anggota Polis di Nilai 3 Ketika Jual Beli Karpet: 8 Lelaki Pakistan Ditahan Polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kes Pukul Anggota Polis di Nilai 3 Ketika Jual Beli Karpet: 8 Lelaki Pakistan Ditahan Polis
link : Kes Pukul Anggota Polis di Nilai 3 Ketika Jual Beli Karpet: 8 Lelaki Pakistan Ditahan Polis

Baca juga


Kes Pukul Anggota Polis di Nilai 3 Ketika Jual Beli Karpet: 8 Lelaki Pakistan Ditahan Polis


KUALA LUMPUR, 31 Julai: Lapan lelaki Pakistan yang dipercayai terlibat dalam kes pukul dua anggota polis di sebuah kedai karpet  di Kawasan Perindustrian Nilai 3, Negeri Sembilan semalam sudah pun ditahan polis.

BH Online melaporkan, kejadian itu dipercayai berpunca dari salah faham ketika tawar menawar harga pembelian karpet antara keluarga anggota polis dan warga Pakistan yang juga pemilik kedai tersebut.

BH Online juga berkata mereka difahamkan warga Pakistan itu dipercayai memanggil beberapa rakan untuk mengepung kereta yang dinaiki anggota polis itu sebelum memukul mereka.

Polis berkata, siasatan masih lagi dijalankan bagi mendapatkan situasi sebenar sebelum mengenalpasti mereka yang bersalah.

"Siasatan kes ini dijalankan mengikut peruntukan undang-undang yang ada tanpa mengambil kira mereka yang terbabit adalah anggota polis atau orang awam, kita tidak akan berkompromi." kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

"Saya juga ingin mengingatkan kepada mana-mana warga asing yang berada di negara ini supaya menghormati undang-undang ditetapkan dan tidak mengambil tindakan sesuka hati," katanya dalam sidang media di Bukit Aman.

Semalam, mangsa yang juga anggota polis Bukit Aman dilaporkan pergi ke sebuah kedai karpet bersama keluarga untuk membeli karpet dan berlaku salah faham semasa mereka menjalankan urusan pembelian.

Sebaik mangsa meninggalkan kedai berkenaan, seorang lelaki warga Pakistan dipercayai pekerja kedai terbabit secara tiba-tiba menahan kereta dinaiki anggota polis terbabit sebelum kira-kira 10 lagi warga Pakistan datang dan berlaku pergelutan.

Pada masa ini siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Sumber: BH Online

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kes Pukul Anggota Polis di Nilai 3 Ketika Jual Beli Karpet: 8 Lelaki Pakistan Ditahan Polis

Sekianlah artikel Kes Pukul Anggota Polis di Nilai 3 Ketika Jual Beli Karpet: 8 Lelaki Pakistan Ditahan Polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kes Pukul Anggota Polis di Nilai 3 Ketika Jual Beli Karpet: 8 Lelaki Pakistan Ditahan Polis dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/kes-pukul-anggota-polis-di-nilai-3.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :