Lelaki ‘Disorok’ Ibu Bapanya Selepas Langgar Lari Budak Sekolah Sehingga Cedera Parah

Lelaki ‘Disorok’ Ibu Bapanya Selepas Langgar Lari Budak Sekolah Sehingga Cedera Parah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lelaki ‘Disorok’ Ibu Bapanya Selepas Langgar Lari Budak Sekolah Sehingga Cedera Parah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki ‘Disorok’ Ibu Bapanya Selepas Langgar Lari Budak Sekolah Sehingga Cedera Parah
link : Lelaki ‘Disorok’ Ibu Bapanya Selepas Langgar Lari Budak Sekolah Sehingga Cedera Parah

Baca juga


Lelaki ‘Disorok’ Ibu Bapanya Selepas Langgar Lari Budak Sekolah Sehingga Cedera Parah

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Sudahlah langgar lari budak sekolah, lepas tu boleh pulak menyorok dalam rumah. Eh perangai apa macam ni?

Seorang pelajar lelaki Sekolah Kebangsaan Jugra telah dilanggar lari sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda Toyota Hilux sehingga cedera parah pada jam enam petang semalam, lapor Malaysian Digest.

Menurut ibu saudara mangsa, pelajar yang hanya dikenali sebagai Aeirul itu dalam perjalanan pulang dari sekolah agama sebelum dia dilanggar Toyota Hilux tersebut semasa melintas jalan.



Walau bagaimanapun, pemandu Hilux tersebut dikatakan tidak berhenti, malah melarikan diri dari tempat kejadian setelah melihat mangsa terkulai di atas jalan tidak sedarkan diri. Sampai hati!

Sumber: Facebook

Berikutan kejadian itu, pasukan paramedik telah bergegas ke tempat kejadian dan memberikan rawatan kepada pelajar tersebut dan seterusnya membawa mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk rawatan lanjut.

Ibu saudara mangsa, Zurita Abdul Hamid turut berkata di laman Facebook,

Sekarang anak saudara saya masih berada di zon merah di hospital. Terdapat pendarahan di kepala dan bahagian tengkorak di kawasan matanya retak.”

Sumber: Facebook

Malah menurutnya lagi, keluarga mangsa sudahpun membuat laporan polis mengenai hal tersebut dan pihak polis juga sudah mengenal pasti pemandu yang tidak bertanggungjawab itu.

Walau bagaimanapun, sikap acuh tidak acuh pemandu langgar lari itu membuatkan keluarga mangsa sakit hati.



“Laporan polis telah dibuat dan kereta Hilux yang langgar lari itu pun sudah dikesan. Cuma saya rasa terkilan kepada pemandu berkenaan yang menganggap hal ini perkara kecil.”

“Langgar lari satu hal, lepas tu ibu bapa si pemandu berkenaan pula cuba menyorokkan anak mereka dalam rumah. Tak bermakna awak berada awak boleh buat sesuka hati,” katanya lagi.

Eh macam ini punya orang pun ada ke? Tak bertanggungjawab langsung! 

Kini difahamkan pelajar tersebut akan ditukar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

Sumber: Facebook

Dalam pada itu, kisah yang tular di media sosial ini telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengecam tindakan pemandu yang mementingkan diri sendiri itu dan cuba mengelak dari bertanggungjawab di atas kemalangan yang menimpa mangsa.



Sumber: Facebook

Semoga adik ini sembuh dari kecederaan yang dialami. Bagi pemandu langgar lari tu, tak rasa bersalah ke buat anak orang macam ni??

Baca: Pemandu Kereta Langgar Lari, Heret Motosikal Hingga Keluar Percikan Api di LDP

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Lelaki ‘Disorok’ Ibu Bapanya Selepas Langgar Lari Budak Sekolah Sehingga Cedera Parah

Sekianlah artikel Lelaki ‘Disorok’ Ibu Bapanya Selepas Langgar Lari Budak Sekolah Sehingga Cedera Parah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lelaki ‘Disorok’ Ibu Bapanya Selepas Langgar Lari Budak Sekolah Sehingga Cedera Parah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/lelaki-disorok-ibu-bapanya-selepas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :