Lelaki rentung, kereta terbabas dan terbakar

Lelaki rentung, kereta terbabas dan terbakar - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lelaki rentung, kereta terbabas dan terbakar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki rentung, kereta terbabas dan terbakar
link : Lelaki rentung, kereta terbabas dan terbakar

Baca juga


Lelaki rentung, kereta terbabas dan terbakar

TAPAH: Seorang lelaki rentung apabila kereta dipandunya terbakar selepas terbabas ke laluan bertentangan dan dirempuh sebuah kereta di Km321.6 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, berhampiran susur keluar Tapah, di sini, awal pagi ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Tapah Supt Som Sak Din Keliaw, Lim Chin Teck, 26, dari Taiping, maut di tempat kejadian dalam kejadian kira-kira 3.15 pagi itu.

"Kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas melanggar penghadang jalan dan telah masuk ke lorong kanan dan dirempuh kereta Toyota Estima yang tidak sempat mengelak dan mengheret kereta mangsa sejauh 100 meter," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya akibat rempuhan itu kereta Proton Iswara dipandu Lim dari arah Kuala Lumpur ke Taiping terbelah dua dan terbakar manakala kereta Toyota Estima turut terbakar sepenuhnya di tempat kejadian.

"Pemandu Toyota Estima yang berumur 26 tahun serta adik dan bapanya dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Bagan Serai, bagaimanapun sempat keluar dari kenderaan sebelum kereta mereka terbakar," katanya.

Som Sak berkata ketiga-tiga mangsa yang berumur lingkungan 14 hingga 53 tahun itu dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kampar manakala mayat Lim dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tapah, Tarmizi Rashid berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu kira-kira pukul 3.30 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata sebaik anggota bomba tiba di tempat kejadian, kedua-dua kereta sedang terbakar.

"Kedua-dua kereta tersebut musnah terbakar 80 peratus namun kita berjaya memadam kebakaran tersebut menggunakan air dari jentera serta mengeluarkan mangsa (Lim) yang terperosok di bawah kereta Toyota Estima. Operasi tamat sepenuhnya kira-kira pukul 5.30 pagi," katanya.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Lelaki rentung, kereta terbabas dan terbakar

Sekianlah artikel Lelaki rentung, kereta terbabas dan terbakar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lelaki rentung, kereta terbabas dan terbakar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/lelaki-rentung-kereta-terbabas-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :