link : Lelaki Samun Pusat Hiburan Ditahan
Lelaki Samun Pusat Hiburan Ditahan
JOHOR BAHRU – Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan polis Isnin lepas, keranadisyaki menyamun pusat hiburan karaoke di sebuah pangsapuri, di Kangkar Pulai, di sini, sehari sebelumnya(Ahad).
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Supt Noor Hashim Mohamad berkata lelaki itu ditahan selepas mangsa, seorang wanita berusia 47 tahun membuat laporan polis pada 10.50 malam hari kejadian.
“Menurut pengadu (mangsa) yang juga merupakan pemilik pusat hiburan berkenaan, kejadian berlaku pada4 pagi, ketika dia bersama seorang pekerja dan pelanggan lelaki didatangi secara tiba-tiba oleh suspek yang mengacukan parang.
“Suspek yang memakai topi keledar dan bersenjatakan parang telah mengarahkan mangsa menyerahkantelefon bimbit miliknya dan wang tunai RM200 milik pelanggan sebelum bertindak melarikan diri,” katanya dalamkenyataan di sini hari ini.
Bertindak atas maklumat, anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor menyerbu sebuah rumah di Taman Pulai Jaya, Skudai, pada 12.15 tengah hari keesokan harinya (10 Julai) dan menahan suspek.
Noor Hashim berkata polis turut merampas sebilah parang panjang yang dipercayai digunakan suspek untukmenyamun selain beberapa barangan samun termasuk sebuah telefon bimbit.
Katanya hasil saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah, namun semakan rekod jenayah lampaumendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah berkaitan dadah.
“Siasatan awal polis juga mendapati suspek mengaku terlibat dengan jenayah samun terbabit dan modus operandi adalah menggunakan parang atau pisau bertujuan mengugut mangsa menyerahkan barang berhargasebelum melarikan diri,” katanya.
Beliau berkata, suspek kini direman hingga 16 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana samun.- BERNAMA
Loading...
Demikianlah Artikel Lelaki Samun Pusat Hiburan Ditahan
Anda sekarang membaca artikel Lelaki Samun Pusat Hiburan Ditahan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/lelaki-samun-pusat-hiburan-ditahan.html