link : Lemas: Jenazah Nur Damia Dikebumikan
Lemas: Jenazah Nur Damia Dikebumikan
KUALA NERANG – Jenazah kanak-kanak perempuan, Nur Damia Nadhirah Shahrudin yang ditemui terapung di sebuah kolam takungan air di Kampung Sena di sini semalam, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Baru, Padang Lalang pada 11.40 pagi tadi.
Muhammad Rusyaidi Mohamad Na’am, yang ditemukan tenggelam di dasar kolam itu, pula kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, kata Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Norhizan Ismail dalam kenyataannya hari ini.
Sementara itu, Zuraini Hassan yang menjaga kebun buah-buahan yang menempatkan kolam takungan air itu, berkata sebelum kejadian kira-kira 3 petang itu, kedua-dua kanak-kanak berusia 5 tahun itu bermain di sekitar kebun berkenaan sebelum kehilangan mereka disedari keluarga masing-masing.
“Kira-kira 2.30 petang semalam, mereka datang ke rumah kerana ada jamuan kecil. Mereka dilihat bermain di bawah pokok manggis.
“Selepas itu, keluarga mereka menyedari ketiadaan Nur Damia Nadhirah dan Muhammad Rusyaidi lalu mencari di sekitar kawasan kebun tetapi tidak menjumpai mereka.
“Kami kemudian mencari di kawasan kolam yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah sebelum menjumpai mayat Nur Damia Nadhirah yang terapung. Saya terus turun ke kolam untuk mengangkat mayatnya dan menyerahkan kepada keluarganya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini, hari ini.
Zuraini berkata beliau kemudian turun semula ke dalam kolam sedalam 2.5 meter itu untuk mencari Muhammad Rusyaidi dan menemuinya di dasar kolam sebelum membawanya naik ke darat untuk memberi bantuan pernafasan.
“Kami cuba selamatkan mereka dengan memberi bantuan awal sebelum membawa mereka ke hospital dengan kereta,” katanya.
Pihak hospital kemudian memaklumkan bahawa Nur Damia Nadhirah telah meninggal dunia manakala Muhammad Rusyaidi berada dalam keadaan kritikal.
Zuraini berkata kedua-dua kanak-kanak itu yang memanggilnya Tok Wan kerap datang ke rumah yang dijaganya sejak sebulan lepas bersama-sama keluarga mereka dan tidak pernah menghampiri kawasan kolam tadahan air itu, yang terletak di hujung kawasan kebun berkenaan.
“Air kolam tadahan itu digunakan untuk menyiram pokok-pokok di kebun ini,” katanya sambil memberitahu pemiliki rumah itu menetap di Kuala Lumpur. – BERNAMA
Loading...
Demikianlah Artikel Lemas: Jenazah Nur Damia Dikebumikan
Anda sekarang membaca artikel Lemas: Jenazah Nur Damia Dikebumikan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/lemas-jenazah-nur-damia-dikebumikan.html