MAB Dijangka Mula Kutip Keuntungan Tahun Depan

MAB Dijangka Mula Kutip Keuntungan Tahun Depan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MAB Dijangka Mula Kutip Keuntungan Tahun Depan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MAB Dijangka Mula Kutip Keuntungan Tahun Depan
link : MAB Dijangka Mula Kutip Keuntungan Tahun Depan

Baca juga


MAB Dijangka Mula Kutip Keuntungan Tahun Depan

SEPANG – Malaysia Airlines Bhd (MAB) dijangka mula mengutip keuntungan tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAB Peter Bellew kepadanya hari ini.

“Peringkat pertama (penstrukturan Malaysia Airlines) menumpukan kepada menstabilkan kewangan MAB,  dan itu telah dicapai.

“Saya dapat mengesahkan semasa bersembang dengan Bellew bahawa beliau menjangkakan MAB kembali mencatat untung tahun depan,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Aidilfitri Malaysia Aviation Group (MAG) di Malaysia Airlines Engineering Complex, di sini hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata tumpuan kini diberikan kepada fasa kedua penstrukturan MAB yang melibatkan pertambahan laluan baharu termasuk 11 laluan dari China.

Najib berkata fasa kedua itu turut menyaksikan aspek ‘produk susut nuilai’ seperti makanan dalam pesawat, hiburan dan kualiti pesawatnya.

“Hari ini saya diberitahu bahawa anda (MAB) sedang menuju fasa kedua pemulihannya” katanya.

Menerusi langkah tersebut, Najib berkata Malaysia Airlines mampu memperoleh semula penarafan lima bintang Skytrax menjelang tahun depan (2018).

Menurutnya, ketika keputusan dibuat untuk menstruktur semula syarikat penerbangan nasional itu yang melibatkan pengurangan kira-kira 6,000 petugas, beliau telah memberi arahan kepada Khazanah Nasional Bhd untuk melaksanakannya dengan cara berperikemanusiaan sebaik mungkin.

Kini saya dimaklumkan 78 peratus telah mendaftar untuk mendapatkan peluang pekerjaan lain dan daripada jumlah tersebut 98 peratus telah berjaya mendapatkan pekerjaan.

Pada majlis itu, Najib turut meminta setiap petugas MAB supaya terus berdedikasi dan komited ke arah kejayaan syarikat itu.

“Bagi saya dan rakyat Malaysia, kita tidak melihat MAB sebagai syarikat penerbangan biasa, MAB membabitkan negara, ikon kita, kebanggaan dan kegembiraan kita, kita mesti memastikan Malaysia Airlines akan pulih dan menjadi satu Syarikat terkemuka, ” katanya.

Sempena acara itu, Najib juga melancarkan penyiaran lagu Negaraku secara langsung dalam pesawat Malaysia Airlines ‘B737-800.

Pesawat B737, yang pertama daripada beberapa buah pesawat akan mengibarkan bendera Malaysia bagi penerbangan kurang daripada tujuh jam seperti ke Shanghai dan Perth.

– BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel MAB Dijangka Mula Kutip Keuntungan Tahun Depan

Sekianlah artikel MAB Dijangka Mula Kutip Keuntungan Tahun Depan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MAB Dijangka Mula Kutip Keuntungan Tahun Depan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/mab-dijangka-mula-kutip-keuntungan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :