“Macam jual baju bundle” – Bukan sahaja netizen, malah Chef Asma juga kecam shell out kuih raya SK Santan

“Macam jual baju bundle” – Bukan sahaja netizen, malah Chef Asma juga kecam shell out kuih raya SK Santan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Macam jual baju bundle” – Bukan sahaja netizen, malah Chef Asma juga kecam shell out kuih raya SK Santan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Macam jual baju bundle” – Bukan sahaja netizen, malah Chef Asma juga kecam shell out kuih raya SK Santan
link : “Macam jual baju bundle” – Bukan sahaja netizen, malah Chef Asma juga kecam shell out kuih raya SK Santan

Baca juga


“Macam jual baju bundle” – Bukan sahaja netizen, malah Chef Asma juga kecam shell out kuih raya SK Santan

Selain kecaman netizen, konsep ‘shell out’ yang diketengahkan pada jamuan hari raya di sebuah sekolah rendah di utara tanah air minggu lalu turut mendapat kritikan seorang chef.

"Macam jual baju bundle" - Bukan sahaja netizen, malah Chef Asma juga kecam shell out kuih raya SK Santan

“Macam jual baju bundle” – Bukan sahaja netizen, malah Chef Asma juga kecam shell out kuih raya SK Santan

Asma Nordin atau lebih dikenali sebagai Chef Asma menyifatkan tindakan itu tidak menghormati makanan, selain kerana konsepnya tidak ubah seperti menjual baju ‘bundle’.

“Makanan sekarang dah jadi macam baju ‘bundle’. Longgok-longgok, pilih nak yang mana. Saya memang tak suka konsep ‘shell out’. 

“Hangpa cakaplah makanan tu ‘first class’ ke… maaflah, saya memang tak ada selera nak makan hidangan dicampak atas plastik, kongsi beramai-ramai satu plastik, berlonggok sisa-sisa makanan atas plastik,” katanya menerusi satu ‘posting’ di Facebook pada petang Jumaat.

Pada Khamis lalu, mStar Online melaporkan kemeriahan sambutan Aidilfitri di Sekolah Kebangsaan (SK) Santan di Kangar, Perlis terpalit dengan kecaman netizen apabila memilih konsep ‘shell out’ untuk menghidangkan kuih raya kepada murid-murid.

Pelbagai jenis kuih raya dihidangkan pada majlis itu tetapi segelintir netizen menyifatkan konsep tersebut tidak sesuai dilaksanakan atas faktor membazir dan kebersihan.

Gambar keadaan meja yang menghidangkan kuih raya sebelum dan selepas majlis.

Bagaimanapun kata Chef Asma, beliau tidak menumpukan kepada isu pembaziran tetapi cara makanan itu dihidangkan.

Chef Asma yang juga seorang pensyarah dalam bidang kulinari berkata, walaupun murid-murid boleh membawa balik makanan sekiranya terdapat lebihan tetapi ia sudah berselerak dan bercampur.

“Memang tak elok sangat diajar anak-anak macam ni kat sekolah. Kenapa terikut sangat dengan budaya luar?

“Boleh tiru tapi olahkan mengikut budaya kita, malahan kita ada adat menghormati makanan kerana ia akan jadi darah daging. Hidang dalam dulang macam Nasi Ambeng tu kan bagus. Jangan dilonggokkan makanan, kalau situasi darurat tu okay,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan supaya hidangan itu perlu kelihatan kemas dan diletakkan terus menggunakan bekas makanan yang dibawa murid-murid di atas meja.

“Lagi bagus, kemas dan tersusun. Tak perlu dilonggok sedemikian rupa macam baju ‘bundle’. 

“Sepatutnya kita tunjukkan contoh terbaik untuk anak- anak yang masih di sekolah rendah,” tambah Chef Asma.

Terdahulu, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SK Santan, Noramini Abdul Rani berkata, konsep ‘shell out’ ini bagi membolehkan semua murid dapat berkongsi makanan mereka bersama lain.

“Tambahan pula ada murid dari keluarga yang kurang berkemampuan. Konsep ini membolehkan murid-murid terbabit berpeluang merasai kuih raya yang tidak dibawa atau belum pernah dirasai mereka,” katanya.

Sumber: Mstar

Loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel “Macam jual baju bundle” – Bukan sahaja netizen, malah Chef Asma juga kecam shell out kuih raya SK Santan

Sekianlah artikel “Macam jual baju bundle” – Bukan sahaja netizen, malah Chef Asma juga kecam shell out kuih raya SK Santan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Macam jual baju bundle” – Bukan sahaja netizen, malah Chef Asma juga kecam shell out kuih raya SK Santan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/macam-jual-baju-bundle-bukan-sahaja.html

Subscribe to receive free email updates: