Dituduh nak tengok ‘boobiess’ Sarah Danielle, Shukri Yahaya buat laporan polis

Dituduh nak tengok ‘boobiess’ Sarah Danielle, Shukri Yahaya buat laporan polis - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dituduh nak tengok ‘boobiess’ Sarah Danielle, Shukri Yahaya buat laporan polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dituduh nak tengok ‘boobiess’ Sarah Danielle, Shukri Yahaya buat laporan polis
link : Dituduh nak tengok ‘boobiess’ Sarah Danielle, Shukri Yahaya buat laporan polis

Baca juga


Dituduh nak tengok ‘boobiess’ Sarah Danielle, Shukri Yahaya buat laporan polis

Pelakon Shukri Yahaya, 29, mendakwa beliau sudah membuat laporan polis berhubung penyebaran mesej perbualannya dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Danielle, yang mendakwa dirinya digoda aktor terbabit, awal Jun lalu.

Shukri berkata, laporan polis itu dibuat menerusi peguam yang dilantik, dua hari selepas berita berkenaan tersebar.

Kata pelakon itu lagi, beliau berbuat demikian bagi mempertahankan dirinya di samping menjaga nama baik keluarganya.

Baca artikel sebelum: Nak tengok ‘boobiess’ Sarah Danielle, Shukri Yahaya beri penjelasan

“Saya malas hendak memanjangkan isu ini. Kalau perkara ini timbul semula, saya akan mengambil tindakan seterusnya terhadap individu terbabit.

“Saya langsung tidak mengenali wanita berkenaan dan apabila isu ini timbul, ia membuatkan saya rasa tertekan.

“Pada mulanya, saya menyangka tiada apa-apa yang berlaku, tetapi apabila perkara ini menjadi besar seperti ini, saya perlu mempertahankan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi drama 40 episod berjudul Villa Ghazara.

Pada Jun lalu, seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Danielle menyebar mesej aplikasi WeChat yang didakwa sebagai perbualannya dengan bintang drama Andainya Takdir itu.

Baca artikel berkaitan: Gambar: Siapa sebenarnya Sarah Danielle, gadis yang mendakwa digoda oleh Shukri Yahaya?

Antara lain, lelaki yang didakwa sebagai pelakon berkenaan meminta wanita terbabit menayangkan bahagian sulit.

“Saya tidak mahu orang bercerita perkara tak sedap didengar mengenai diri saya. Malah, saya sendiri malas nak ambil tahu cerita sebegini, apabila ada rakan artis lain yang terkait. Namun, apabila terkena pada diri sendiri, baru saya tahu macam mana rasanya.

“Apa pun, sebagai artis, pastinya kita akan terkait juga dengan cerita sebegini. Saya pula melihatnya sekadar selingan dan memandang dari sudut positif.

“Tya (isteri) sendiri tahu dan kenal macam mana diri saya dan setiap masa, saya berada dengannya saja di rumah,” kata Shukri yang tidak menolak kemungkinan ada pihak sengaja cuba memburuk-burukkan namanya.

Katanya juga, beliau tidak pernah cuba melarikan diri daripada media berikutan isu terbabit, sebaliknya memberikan ruang untuknya meredakan keadaan dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Sumber: BH Online

Loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Dituduh nak tengok ‘boobiess’ Sarah Danielle, Shukri Yahaya buat laporan polis

Sekianlah artikel Dituduh nak tengok ‘boobiess’ Sarah Danielle, Shukri Yahaya buat laporan polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dituduh nak tengok ‘boobiess’ Sarah Danielle, Shukri Yahaya buat laporan polis dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/dituduh-nak-tengok-boobiess-sarah.html

Subscribe to receive free email updates: