Mahkamah Syariah Sabah Rekod 18,183 Kes Sejak 2016

Mahkamah Syariah Sabah Rekod 18,183 Kes Sejak 2016 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahkamah Syariah Sabah Rekod 18,183 Kes Sejak 2016, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahkamah Syariah Sabah Rekod 18,183 Kes Sejak 2016
link : Mahkamah Syariah Sabah Rekod 18,183 Kes Sejak 2016

Baca juga


Mahkamah Syariah Sabah Rekod 18,183 Kes Sejak 2016

KOTA KINABALU – Mahkamah Syariah Sabah merekodkan 18,183 kes di seluruh negeri sejak 2016 hingga hari ini, kata Ketua Hakim  Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah (JKSNS) Datuk Jasri Matjakir.

Beliau berkata daripada jumlah itu sebanyak 15,073 merupakan kes mal (bukan jenayah) manakala 3,110 kes pula membabitkan jenayah syariah.

“Dalam tempoh itu juga, sebanyak 12,004 kes mal telah diselesaikan dan untuk  jenayah syariah, 2,279 kes telah selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pentauliahan Peguam Syarie Mahkamah Syariah Negeri Sabah, di sini hari ini, yang disempurnakan Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah Datuk Ariffin Arif.

Mengenai majlis itu, beliau berkata pentauliahan 16 peguam syarie baharu itu menjadikan sebanyak 97 peguam syarie berdaftar di Sabah setakat ini.

“Pentauliahan ini bertujuan membolehkan peguam-peguam syarie itu memulakan khidmat guaman mereka di Mahkamah Syariah. Dengan adanya peguam syarie saya  percaya banyak kes yang dibawa ke mahkamah akan lebih mudah, kemas dan tepat untuk membantu mahkamah membuat pertimbangan dan keadilan sepenuhnya,” kata Jasri.

Sementara itu, Ariffin yang juga Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) meminta agar semua peguam syarie yang ditauliahkan menjalankan tugas berlandaskan etika yang ditetapkan termasuk sentiasa menjalankan tugasan dengan penuh integriti terhadap pelanggan.

“Adalah sangat penting menjalankan profesion sebagai peguam dengan penuh kesungguhan dan keyakinan, selain sentiasa menghormati semua pihak sama ada pihak lawan atau mahkamah. 

“Selain itu peguam syarie wajar mencari jalan dan mencadangkan kepada pelanggan  alternatif lain untuk menyelesaikan pertelingkahan dan masalah seperti menggunakan kaedah mediasi dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, Ariffin berkata beliau sentiasa memberikan komitmen untuk membantu JKSNS dari segi meningkatkan lagi prasarana Mahkamah Syariah yang kini berada di bangunan MUIS.

“Saya akan sentiasa memberi fokus untuk melihat keperluan menaik taraf prasarana  Mahkamah Syariah untuk memberi keselesaan kepada semua pihak termasuk pelanggan, kerana ini merujuk kepada imej Islam dan mahkamah itu sendiri,” katanya. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Mahkamah Syariah Sabah Rekod 18,183 Kes Sejak 2016

Sekianlah artikel Mahkamah Syariah Sabah Rekod 18,183 Kes Sejak 2016 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahkamah Syariah Sabah Rekod 18,183 Kes Sejak 2016 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/mahkamah-syariah-sabah-rekod-18183-kes.html

Subscribe to receive free email updates: